web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMM Bantah Kuarantin Menteri Dipendekkan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 12:10PM

Orang ramai melalui posedur penilaian COVID-19 di Stadium Tertutup Malawati. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Keputusan kerajaan memendekkan tempoh kuarantin kepada tiga hari berbanding 10 sebelum ini terus mendapat reaksi hangat pelbagai pihak.

Terbaru, Perintah Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba turut menerima bantahan Akademi Perubatan Malaysia (AMM).

Akademi itu menerusi satu kenyataan berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan adalah berdasarkan sains dan fakta, justeru pengecualian terbabit wajar dibatalkan sehingga dapat dibuktikan secara saintifik.

“Tempoh kuarantin selama 10 hari bagi pengembara yang masuk ke negara ini ditetapkan mengikut hasil penyelidikan dan menunjukkan risiko penularan sangat rendah iaitu kira-kira satu peratus selepas tempoh berkenaan berakhir.

“Justeru keputusan kerajaan mengurangkan tempoh kuarantin perlu dibuat berlandaskan bukti dan mengambil kira kesihatan awam,” kata AMM.

Menurut AMM, tempoh inkubasi COVID-19 adalah antara lima hingga enam hari, tetapi boleh mencecah sehingga dua minggu mengikut keperluan.

“Tempoh tiga hari tidak mencukupi untuk mengesan gejala berkenaan.

"Keberkesanan gelembung perjalanan juga masih dipersoal susulan kemunculan varian baharu COVID-19 dan peningkatan tahap di seluruh dunia,” kata akademi itu.

Perintah diumumkan Dr Adham itu antara lain memberi pengecualian kepada Jemaah Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara, untuk memendekkan tempoh kuarantin kepada hanya tiga hari berbanding sebelumnya.

Perintah berkenaan berkuatkuasa bermula semalam hingga 1 Ogos nanti.

AMM menarik perhatian, kerajaan tidak seharusnya membuka sempadan bagi 'delegasi gelembung', kerana ia berisiko membawa varian baharu COVID-19 yang mampu melumpuhkan sistem kesihatan negara.

"Langkah pengecualian ini dikatakan bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi kerana terpakai bagi golongan kenamaan asing dan pelancong perniagaan,” kata AMM. - Getaran, 12 Februari 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar