web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan E-Dagang Meningkat, 10 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 4:25PM

Sebanyak 4,364 kes penipuan menerusi penjualan barang atas talian atau e-dagang sehingga 20 Jun lalu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penipuan penjualan barang melalui platform atas talian atau e-dagang dilihat semakin membimbangkan apabila setakat 20 Jun lalu, terdapat 4,364 kes dilaporkan berbanding 5,845 kes pada keseluruhan tahun 2020.

Bagi membendung jenayah penipuan daripada terus berleluasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memperkasakan lagi tindakan terhadap kumpulan atau individu yang mendalangi kegiatan berkenaan.

Hasilnya, seramai 10 individu termasuk empat wanita ditahan dalam serbuan berasingan yang dijalankan JSJK Bukit Aman, semalam, di sekitar Lembah Klang, Perak, Kedah dan Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata empat daripada suspek merupakan pemilik akaun manakala selebihnya adalah pemilik alamat protokal internet (IP) yang digunakan untuk memperdayakan mangsa.

“Siasatan mendapati suspek mengiklankan barangan mereka melalui platform e-dagang dan pembeli yang berminat kemudiannya akan dihubungi, sebelum diarahkan untuk berurusan secara terus dengan pemilik akaun.

“Bagaimanapun, barangan yang dijanjikan tidak diterima selepas bayaran dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, turut dirampas dalam serbuan itu adalah tujuh unit telefon pintar, tiga komputer riba, 10 keping kad kredit, tiga modem, satu monitor dan satu pasport negara Bangladesh.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 21 hingga 52 tahun terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 28 kes penipuan e-dagang dengan penahanan terhadap semua suspek terbabit.

“Polis menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada apabila melakukan pembelian menerusi atas talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 2 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar