web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Dihargai, Penghantar Makanan Terima Pek Bantuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:11PM

1,000 burger percuma telah diagihkan kepada penghantar makanan di sekitar Lembah Klang, menerusi inisiatif yang dilancarkan Hamadaya bersama 2 jenama burger tempatan iaitu Kaw Kaw Burgers dan Smashed.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,000 burger percuma diagihkan kepada penghantar makanan di sekitar Lembah Klang, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka.

Inisiatif berkenaan dilancarkan Hamadaya bersama dua jenama burger tempatan, Kaw Kaw Burgers dan Smashed yang mencipta burger Jepun edisi istimewa menggunakan ramuan halal.

Naib Presiden Pemasaran Hamadaya, Ho LiLi berkata, semua pek bantuan yang turut mengandungi minuman percuma itu diedarkan sejak enam hari lalu.

Menurut beliau, inisiatif yang dikenali sebagai #BurgerJepunHMD tersebut dimulakan untuk membantu menaikkan semangat golongan penghantar makanan yang bekerja siang dan malam tanpa mengira hujan atau panas, bagi memastikan orang ramai dapat menikmati juadah di rumah dengan selesa dan tepat pada masanya.

"#BurgerJepunHMD ini diharapkan menjadi satu ikhtiar yang bermakna dan memberi kesan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penghantar makanan di luar sana," katanya di sini hari ini.

Ho LiLi berkata, kerjasama dengan dua jenama burger tempatan ini membantu menjayakan inisiatif sosial korporat syarikat berkenaan.

"Projek ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua rakan kongsi yang bertanggungjawab menyediakan 1,000 burger istimewa edisi unik menggunakan dua ramuan yang pernah memenangi anugerah iaitu Kicap Jepun Perasa Hamadaya dan Sos Pati Tiram.

"Mereka turut membantu menyediakan tempat pengedaran 1,000 pek bantuan tersebut di sekitar Lembah Klang selama enam hari," katanya.

Burger percuma disediakan untuk diagihkan kepada 1,000 penghantar makanan di sekitar Lembah Klang.
Burger percuma disediakan untuk diagihkan kepada 1,000 penghantar makanan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, pengasas dan pemilik Kaw Kaw Burger, Mohd Faizul Baharudin  berkata, pihak mereka gembira dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif tersebut.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Hamadaya dalam tanggungjawab korporat ini bagi mengiktiraf sumbangan penghantar makanan yang menjadi elemen teramat penting dalam hidup sepanjang negara berdepan ancaman pandemik berkenaan.

"Kami percaya dengan inisiatif ini, mereka akan rasa lebih dihargai atas usaha mereka,” katanya.

Turut berterima kasih kepada Hamadaya, pengasas dan pemilik Smashed, Naeem Nasir bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu dan menyokong golongan penghantar makanan ini.

"Saya amat gembira apabila dapat turut serta dalam kerjasama dengan Hamadaya ini dan saya rasa ia satu usaha yang hebat untuk meningkatkan kesedaran terhadap sumbangan penghantar makanan kepada kita semua,” katanya.

Ho LiLi menambah, usaha Hamaday itu diharapkan menjadi inspirasi kepada organisasi dan semua agensi kerajaan untuk lebih prihatin dan cakna terhadap golongan ini.

"Hamadaya akan meneruskan usaha ini menerusi satu lagi fasa agihan sebaik sahaja prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membenarkan kami berbuat demikian.

"Kami berharap lebih ramai rakan korporat akan menunjukkan minat menjayakan usaha ini," katanya. - Getaran, 25 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad