web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


51,500 Petugas Barisan Hadapan Sektor Pengangkutan Terima Vaksin Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 12:53PM

Dr Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Lebih 51,500 petugas barisan hadapan di sektor pengangkutan terdiri daripada pelaut, petugas pelabuhan, lapangan terbang, pengangkutan darat serta rel akan menerima suntikan vaksin COVID-19, mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kementerian itu telah mendapat kelulusan daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada Isnin lepas (21 Jun), bagi melaksanakan Program Pemberian Vaksin kepada petugas barisan hadapan sektor itu.

Beliau berkata sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan merupakan antara perkhidmatan perlu yang terus beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu bagi memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.

“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Pemberian Vaksin bagi sektor pengangkutan meliputi ketiga-tiga sektor perkhidmatan iaitu maritim, udara dan darat,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) sektor pengangkutan maritim, di sini hari ini.

Turur hadir Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata syarikat pengangkutan yang terlibat dengan program itu akan menanggung secara bersama kos penyediaan PPV manakala bekalan vaksin diberikan secara percuma oleh kerajaan

Wee berkata program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dimulai di PPV swasta sektor maritim yang dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di Dewan Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang hari ini, melibatkan 10,000 pelaut serta petugas pelabuhan dengan kapasiti 1,000 orang sehari.

Katanya LPK juga bertindak sebagai penyelia bagi petugas pelabuhan manakala Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) menyelia bagi pelaut.

Jelasnya, kemudahan tersebut akan memanfaatkan seramai 18,596 orang atau 53 petugas penyelia dan petugas pelabuhan di wilayah tengah yang layak menerima vaksin bagi fasa pertama program berkenaan.

“Jumlah keseluruhan penyelia dan petugas pelabuhan di Malaysia adalah seramai 59,155 orang. Kriteria kelayakan penerima ditentukan oleh Kementerian Kesihatan dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk ibu hamil atau menyusu, atau lain-lain faktor perubatan,” katanya.

Menurut Wee Program Pemberian Vaksin sektor pengangkutan itu akan diteruskan selepas ini melibatkan sektor pengangkutan udara yang akan bermula pada 5 Julai di Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan 22,243 petugas lapangan terbang, kakitangan syarikat penerbangan dan petugas kargo.

Bagi sektor pengangkutan darat yang melibatkan pengangkutan awam darat, beberapa PPV akan turut dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi memastikan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat divaksinasikan dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan bersama pihak CITF sedang menyelaraskan program vaksinasi kepada pemandu teksi/e-hailing, pemandu bas dan petugas penghantar barangan (p-hailing) seperti Grab dan Foodpanda dengan jumlah keseluruhan dianggarkan 355,064 orang di seluruh negara.

Program ini akan dilaksanakan di bawah PPV awam dan kerajaan akan menanggung keseluruhan kos tersebut, katanya.

Pada masa sama, Wee berkata pemberian vaksin sektor maritim yang diadakan hari ini juga adalah sempena sambutan Hari Pelaut Sedunia (Day of the Seafarer) pada 25 Jun setiap tahun. 

“MOT komited dan akan terus bekerjasama dengan CITF untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama dalam memastikan petugas industri pengangkutan menerima vaksin secepat mungkin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 58 minit yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad