web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 18.9% Orang Asli Daftar Imunisasi COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:23AM

Sebahagian Orang Asli di Desa Temuan, Bukit Lanjan, menunggu untuk menjalani ujian COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya 18.9 peratus atau 27,276 individu daripada 144,180 Orang Asli yang berumur 18 tahun ke atas telah berdaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dedah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) hari ini.

Bagi mengatasi masalah itu,  Jakoa merangka pelbagai inisiatif  terutamanya untuk menyebar luas maklumat mengenai vaksin kepada semua suku Orang Asli, termasuk kelompok yang masih mengamalkan cara hidup berpindah-randah.

 “Antara inisiatif tersebut ialah melalui penerangan kepada tok batin dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli, dan mereka akan memujuk masyarakat di bawah pentadbiran masing-masing (untuk mengambil vaksin),” kata Jakoa menerusi e-mel balas kepada pertanyaan Bernama semalam.

Hingga kini, seramai 4,395 Orang Asli telah menerima satu dos vaksin manakala 1,500 orang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Peranan yang dimainkan Taskforce COVID-19 Jakoa juga akan memastikan segala maklumat tepat mengenai vaksin dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat Orang Asli. 

Bagi memberi kemudahan kepada mereka, program pemberian vaksin diadakan di kampung Orang Asli terpilih sebagai pusat pemberian vaksin (PPV), selain gerak kerja pendaftaran program imunisasi turut diadakan bersekali dengan program bantuan bakul makanan dan kebajikan.

Di JOHOR, Jakoa menggunakan strategi memberi suntikan vaksin kepada pemimpin masyarakat itu sebagai usaha meningkatkan keyakinan mereka untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata menerusi strategi itu, 2,314 individu atau 19.8 peratus daripada keseluruhan 11,670 masyarakat Orang Asli yang layak, bersetuju menerima suntikan.

Di Johor terdapat 16,232 penduduk Orang Asli daripada suku Jakun, Kuala, Seletar, Kanaq dan Temuan yang mendiami 60 kampung Orang Asli. 

"Kami menjangkakan proses pendaftaran vaksinasi bagi masyarakat Orang Asli di Johor dapat diselesaikan penghujung bulan depan bagi mencapai imuniti kelompok dan penularan COVID-19 dapat dikawal," katanya.

Di PAHANG, dua tok batin, Pigi Amau dan Tosi Ayin, memutuskan untuk menampilkan kepimpinan melalui teladan apabila mendaftar sebagai penerima vaksin agar diikuti oleh anak-anak buah mereka, dan kedua-duanya menghadiri janji temu hari ini. 

"Proses cucuk sekejap sahaja dan langsung tak sakit. Saya berharap semua anak buah tidak bimbang untuk ambil vaksin dan jika masih ada yang ragu-ragu, mereka boleh ke rumah untuk melihat sendiri keadaan saya,” kata Pigi yang berasal dari Kampung Chuat di Bera.

Pigi, 65, adalah individu pertama daripada 200 penduduk suku kaum Semelai di kampung itu yang telah menerima suntikan vaksin.

Pengalaman sama turut dikongsi Tosi, 60, yang merupakan Tok Batin Pos Iskandar, juga di Bera, yang mahukan anak buahnya mengambil tindakan sama sepertinya memandangkan masih ada yang takut meskipun sudah berdaftar.

Tosi daripada suku kaum Semelai adalah antara 20 individu Orang Asli terpilih menerima suntikan vaksin hari ini.

Di SELANGOR, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli (PKPIOA) Selangor Norazman Jamalim berkata peranan pemimpin setempat khususnya tok batin, sangat penting dalam menyebar luas maklumat vaksin memandangkan keterbatasan komuniti itu dalam mendapat akses kepada Internet selain kekangan kemahiran penggunaan telefon pintar dalam kalangan warga emas.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman pula berkata setakat ini, seramai 14,301 Orang Asli di lima daerah di negeri itu layak menerima suntikan vaksin COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad