web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dilarang Ambil Peperiksaan, UM Siasat Dakwaan Pelajar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 1:41PM

Nik Farah Elisha membuat laporan polis yang didakwa dihalang menduduki peperiksaan. - Gambar dari media sosial

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu siasatan sedang dilakukan Universiti Malaya (UM) berhubung dakwaan seorang penuntut jurusan perubatan yang dihalang menduduki peperiksaan kerana menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu semalam berkata, pihaknya memandang serius laporan polis dibuat penuntut terbabit, Nik Farah Elisha Mohd Razif dan akan meneliti isu tersebut dengan terperinci.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohd Khairi Md Jaafar berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada semua warga, khususnya ketika negara sedang berdepan dengan pandemik.

“Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, UM sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner (ACP) Anuar Omar mengesahkan menerima laporan pelajar UM tersebut berhubung isu terbabit dan berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

Nik Farah mencetuskan kontroversi apabila mengadakan satu sidang video khas bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, bagi meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menduduki peperiksaan klinikal, hanya kerana menolak untuk divaksin.

“Akibat didesak pihak universiti, akhirnya saya setuju mendapatkan vaksin jenama pilihan saya dan memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu

“Sehingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lepas, saya tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika saya hadir untuk menduduki peperiksaan penting tersebut, pihak universiti telah melarang dan meminta saya meninggalkan dewan,” katanya dalam sidang video itu.

Video yang tular di laman media sosial itu turut mendapat reaksi ramai, termasuk pengamal perubatan yang berpendapat, UM tidak bersalah kerana mewajibkan pengambilan vaksin kepada pelajar jurusan perubatan di universiti berkenaan.

Dr. Amirul Amzar - Gambar dari Facebook Dr. Amirul Amzar
Dr. Amirul Amzar - Gambar dari Facebook Dr. Amirul Amzar

Dalam satu hantaran di Facebook, Dr Amirul Amzar berkata, kepentingan dan kemaslahatan ramai perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi.

“Peperiksaan perubatan ini melibatkan pesakit. Bila kita memilih untuk menolak vaksin, kita merisikokan pesakit yang terlibat yang boleh dijangkiti melalui kita. Kena ingat, kita boleh jadi pesakit tanpa symptom.

“Pelajar perubatan terdedah dengan risiko jangkitan sewaktu berada di kawasan klinik atau wad. Tanpa vaksinasi, risiko mereka dijangkiti adalah lebih tinggi. Walaupun risiko jangkitan serius itu rendah kerana kebanyakan mereka muda dan sihat, mereka boleh menjangkiti orang lain," tegasnya.

Dr Amirul turut meluahkan harapan untuk melihat kes berkenaan diselesaikan dengan baik bagi mengelakkan cubaan menangguk di air keruh oleh pihak tidak berkaitan.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga adik Nik Farah Ellisha tidak menjadi boneka yang dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. – Getaran, 15 Jun 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar