Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


COVID-19, Nenek Tabah Lalui Hidup Sukar Seorang Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 6:17PM

Che Zainab Che Sulaiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - "Setiap kali hujan boleh dikatakan ruang rumah ini akan penuh dengan besen dan baldi,  mujurlah tempat saya tidur zinknya tidak bocor, jadi adalah tempat berlindung.

"Selagi keadaan rumah ini mengizinkan untuk dihuni selagi itu saya akan tinggal di sini, berat untuk melangkah keluar kerana begitu banyak kenangan selain suami juga menghembuskan nafasnya di sini," kata warga emas, Che Zainab Che Sulaiman, 72, yang menghuni sebuah rumah kecil, di Klebang, di sini.

Selepas kematian suaminya kira- kira 10 tahun lalu, Che Zainab tinggal berseorangan menghabiskan hari tua di rumah dibina arwah suaminya itu, di atas tanah yang disewa RM40 setahun.

Warga emas terbabit yang berasal dari Tumpat, Kelantan berhijrah ke Melaka lebih 30 tahun lalu mengikut abangnya sebelum berniaga kain secara kecil- kecilan dari rumah ke rumah.

"Di sini masih boleh tinggal, rumah juga dalam keadaan baik hanya zink sahaja yang perlu diganti tetapi saya tidak mampu untuk keluarkan belanja bagi membiayai kos tersebut.

"Sebelum kita dilanda COVID-19 saya masih menjual kain, walaupun tidak banyak cukuplah untuk menampung perbelanjaan harian tetapi kini tidak lagi dan hanya bergantung dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya kepada Getaran ketika ditemui di rumahnya.

Che Zainab menunjukkan bumbung rumahnya yang bocor.
Che Zainab menunjukkan bumbung rumahnya yang bocor.

Mesra dipanggil Mek, wanita berhati waja itu memberitahu, anak tunggalnya ada menghulurkan sedikit duit belanja, bagi menampung kehidupan.

"Saya tidak boleh terlalu bergantung kepada anak kerana dia hanya bekerja kilang, malah perlu menanggung keluarganya selepas berkahwin.

"Mempunyai tempat berteduh sudah cukup memadai buat saya malah diri ini amat bertuah kerana dikelilingi orang yang baik dan pemurah. Boleh dikatakan ada sahaja yang datang bersedekah makanan ataupun barang keperluan," katanya dengan penuh kesyukuran.

Mek mengakui, sering ditanya apakah dia tidak takut tinggal seorang diri.

"Jawapan saya mudah sahaja, ada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung. Begitu juga apabila sedih, hanya Dia tempat untuk mengadu. 

"Saya akan bangun tengah malam untuk solat dan waktu itulah akan menangis sepuas- puasnya (untuk) meluahkan segala yang terbuku," katanya, sebak.

Menurut Che Zainab, walaupun sudah biasa tinggal seorang diri namun jauh di sudut hatinya terselit rasa rindu kepada keluarga di kampung halaman, khususnya setiap kali Ramadan dan Aidilfitri.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagaimanapun membuatkan dia akur apabila tidak dapat merentas negeri untuk  pulang menziarahi saudara mara.

"Boleh dikatakan setiap tahun saya akan pulang ke kampung sebelum ini, tapi disebabkan COVID-19 ia terbatas, malah anakpun tidak dapat datang ke sini menjenguk saya.

"Walaupun diuji sebegitu namun saya bersyukur kerana di sebalik kesedihan, terselit kegembiraan apabila ada pihak yang tampil dan sudi membantu membaiki atap rumah yang bocor," katanya.

 Mohd Rafiq melawat Che Zainab dan berjanji untuk membaiki rumah warga emas berkenaan.
Mohd Rafiq melawat Che Zainab dan berjanji untuk membaiki rumah warga emas berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang turun padang melawat warga emas itu berkata, pihaknya akan segera menjalankan kerja membaik pulih atap rumah didiami Ceh Zainab.

"Selain melakukan kerja baik pulih menggantikan atap zink yang bocor, saya juga akan memanjangkan keadaan nenek ini kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) supaya dapat menimbangkan jenis bantuan yang dapat disalurkan.

"Saya ada memujuknya untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa, namun dia lebih selesa di sini dan kita menghormati keputusannya. Bantuan kami tidak terhenti di sini sahaja malah saya akan sentiasa memantau keadaannya," katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan lain, termasuk tilam. - Getaran, 13 Jun 2021
 

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Politik 13 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

‘Banyak Agensi Haji Dan Umrah Beroperasi Tanpa Lesen’ - PAPUH

oleh Alfian Z.M. Tahir

Semasa 10 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos