web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Restoran Tersepit, Mohon Bank Lanjut Morotarium Pinjaman Automatik

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 12:59PM

Kesemua kerusi di sebuah restoran dialihkan berikutan pelanggan perlu membeli secara bungkus susulan PKP 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank diminta memberikan morotarium pinjaman automatik selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan penstrukturan semula pinjaman kepada 4,750 pengusaha restoran yang berdepan risiko kehilangan perniagaan masing-masing.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, golongan berkenaan turut berharap diberikan pengecualian sewa selama tiga bulan.

Menurut beliau, PRESMA mendapati sekurang-sekurangnya 2,500 ahli mereka terpaksa berhenti atau menjual perniagaan masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama Mac tahun lalu.

Ketika ini katanya, sejumlah 4,750 berdepan risiko kekurangan aliran wang dan terpaksa meneruskan operasi menggunakan modal dan simpanan yang ada.

"Seramai 95 peratus pengusaha bukan pemilik sebenar premis restoran dan terpaksa menjelaskan sewa penuh walaupun operasi perniagaan terjejas.

"Sebagai contoh, seorang pengusaha di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) hanya meraih sekitar RM500 sehari sedangkan sewa yang perlu dijelaskan adalah RM15,000 sebulan," katanya.

Jawahar berkata, sebuah rangkaian restoran 'vegetarian' terkenal di Jalan Masjid India pula hanya menghasilkan RM160 sehari dan perlu menjelaskan sewa berjumlah RM13,000 walaupun sudah diberikan diskaun.

Beliau menarik perhatian, purata ahli persatuan memiliki hutang berjumlah RM1 juta, termasuk pinjaman perniagaan, pajakan dan kenderaan.

"Jika pengusaha restoran putus asa, bank tidak akan menerima bayaran dan boleh berdepan kerugian sebanyak RM10 bilion, jika 10 peratus atau 1,000 ahli PRESMA gagal menjelaskan pinjaman masing-masing.

"Bank tidak akan kehilangan wang dengan melanjutkan morotarium automatik, berbanding pengusaha restoran yang berdepan kerugian dan kekurangan aliran wang tunai," katanya.

Jawahar berkata, mereka amat memerlukan morotarium pinjaman automatik untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

"Jika kami gagal sehingga nilai pinjaman tidak berbayar (NPL) melonjak kepada RM10 bilion, bank akan berdepan masalah dan pada ketika itu, semuanya sudah terlewat," katanya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad