web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Maut, Kereta Dirempuh 4WD Dipandu Lelaki Bawah Pengaruh Dadah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2026 12:49PM

Keadaan kereta mangsa yang remuk, akibat dirempuh 4WD yang dipandu lelaki di bawah pengaruh dadah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya dirempuh kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Besut, Terengganu.  

Lebih menyayat hati, nahas terbabit berlaku akibat 4WD berkenaan dipandu seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, 16, dari Kampung Bukit Payong, Jerteh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dalam nahas di Jalan Bukit Payong itu, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu 4WD terbabit didapati positif ketamin menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan selepas kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Md Sani Md Saleh berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan dua kenderaan itu daripada orang awam, sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati kereta mangsa sedang bergerak di laluannya sebelum dia menyedari sebuah 4WD dari arah bertentangan dipandu dalam keadaan tidak stabil dan apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu secara tiba-tiba memasuki laluan mangsa.

“Mangsa cuba mengelak pelanggaran dengan memasuki laluan bertentangan, namun pada masa sama 4WD terlibat kembali ke laluan asalnya sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung,” katanya.

Akibat pelanggaran, remaja berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Polis mengesahkan pemandu 4WD tersebut telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut untuk tindakan lanjut.

“Pemandu 4WD terlibat disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kes kemalangan maut itu turut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.

Pihak berkuasa turut meminta saksi atau individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noraini Muhammad Zin di talian 013-4384239.

Polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan awam. - Getaran, 29 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

3

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

4

Semasa 5 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Mega: Jabatan Imigresen Tahan 503 Warga Asing Di Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad