web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Ditahan Bantu Siasatan Kes Langgar Lari 3 Pejalan Kaki

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2026 10:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 75 tahun bagi membantu siasatan kejadian langgar lari membabitkan tiga pejalan kaki di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata warga emas itu ditahan kira-kira 11.40 pagi semalam hasil maklumat orang awam susulan insiden yang menyebabkan dua daripada mangsa maut dan seorang lagi cedera parah.

"Semakan mendapati warga emas itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau narkotik dan dia akan direman untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ahmad Fadzli Abdullah melalui talian 017-5843860.

Semalam, Vijaya Rao dilaporkan berkata dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh tiga pejalan kaki dalam kes dipercayai langgar lari di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, pada 15 Mei.

Beliau berkata mangsa yang maut adalah dua wanita berusia 57 dan 62 tahun manakala remaja berusia 17 tahun iaitu anak kepada seorang daripada mereka cedera parah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

4

Semasa 2 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar