web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Lagi Mayat Migran Indonesia Ditemukan, Jumlah Mangsa Hilang Mungkin Melebihi Jangkaan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 8:51AM

Gambar Pasukan Polis Marin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Empat lagi mayat mangsa bot membawa migran warga Indonesia yang tenggelam di perairan Pulau Pangkor ditemukan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut meningkat kepada 16 orang setakat ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata tiga daripada mangsa ialah lelaki dan dijumpai pada kedudukan kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Pulau Buloh manakala satu lagi belum dikenal pasti identitinya dan ditemukan sekitar 21.4 batu nautika barat daya Pulau Sangga Kechil.

"Mayat yang belum dapat disahkan identiti itu dijumpai oleh pihak APMM melalui PERKASA 1238 sekitar sekitar 3 petang manakala tiga lagi dijumpai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia sekitar 5.45 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jumlah mangsa yang diselamatkan ialah 23 orang manakala 16 lagi terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan 39 setakat ini berbanding 37 seperti dilaporkan sebelum ini.

"Hari ini merupakan hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat dijalankan... sekiranya tiada lagi penemuan mayat, operasi berkenaan berkemungkinan ditamatkan," katanya.

Insiden pada 11 Mei lepas menyaksikan sebuah bot yang dipercayai membawa migran warga Indonesia tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan ke beberapa destinasi di Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad