web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Guru: Sultan Perak Perkenan 625 Warga Pendidik, Guru Sampaikan Khutbah Jumaat

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 8:56AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan 625 warga pendidik dan guru di negeri ini untuk menyampaikan khutbah Jumaat hari ini bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata titah itu bertujuan menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan penting warga pendidik atau guru kepada rakyat dan negara.

"Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, menitahkan khutbah Jumaat di negeri Perak pada 15 Mei 2026 hendaklah bertemakan guru, menjelang sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2026.

"Baginda memperkenankan warga pendidik dan guru diberi penghormatan menjadi khatib jemputan untuk menyampaikan khutbah bertajuk 'Guru Berhikmah Membina Insan Sejahtera'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Annuar berkata susulan titah perkenan itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad akan mengetuai warga pendidik dan guru untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II).

"Selain itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Omar Salleh akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Ustaz Samad Hassan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu akan menaiki mimbar membaca khutbah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar," katanya.

Beliau berkata bersempena dengan sambutan tersebut, Jabatan Pendidikan turut menganjurkan program pengimarahan masjid di Masjid Negeri melibatkan 2,000 pelajar dan warga pendidikan.

"Program motivasi kerohanian murid akan bermula pada 10.20 pagi, disusuli dengan acara bacaan surah Yasin, tahlil serta doa selamat.

"Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak juga berkenan berangkat untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama pelajar dan warga pendidikan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) hari ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran