web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam Di Pulau Pangkor: 3 Lagi Mayat Wanita Warga Indonesia Ditemukan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2026 3:41PM

Gambar APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Tiga lagi mayat wanita ditemukan, dipercayai mangsa bot membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia, yang tenggelam di perairan Pulau Pangkor pada Isnin lepas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu DSP Mazre Che Mahmod berkata mayat ketiga-tiga mangsa itu dijumpai oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sri Indera Sakti, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi kejadian anggaran jam 6 petang, semalam.

"Buat masa ini, siasatan berhubung identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mazre berkata penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa bot karam yang ditemukan setakat ini ialah 30 orang, selepas 23 daripadanya berjaya diselamatkan pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Isnin.

"Kita masih mengesan tujuh lagi mangsa insiden tersebut, operasi SAR yang masuk hari ketiga melibatkan PPM, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bermula kira-kira 7 pagi tadi," katanya.

Sementara itu, operasi SAR hari ini melibatkan dua aset PPM, iaitu PSC 16 dan PSC 24, tiga aset TLDM terdiri daripada KD Sri Indera Sakti, FCB 1001 dan FCB 1030, selain tiga aset APMM membabitkan Kapal Maritim (KM) Malawali, BENTENG 1203 serta pesawat Bombardier CL415MP dari Stesen Udara Subang.

Semalam, APMM Perak berjaya menyelamatkan 23 pendatang warga Indonesia, selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Pangkor dekat Lumut, pada Isnin.

Bot terbabit dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin dari Indonesia dan dikendalikan kru warga Myanmar.

Kesemua mereka dipercayai bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei menuju ke Malaysia melibatkan beberapa destinasi dipercayai Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar