web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Ambil Mudah Keharmonian Masyarakat Di Sabah Dan Sarawak - Penulis

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 7:30PM

Gambar Nabalu News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah keharmonian sosial yang dinikmati di Sabah dan Sarawak.

Penulis terkenal dari Malaysia Timur, Joe Samad berkata, masyarakat di kedua-dua negeri itu sejak sekian lama mengamalkan sikap saling menghormati, walaupun berbeza budaya dan agama.

Menurut beliau, toleransi yang menebal dalam kalangan komuniti di kedua-dua negeri itu menyebabkan mereka berupaya menikmati hidup tanpa wujud sebarang konflik.

“Di Sabah misalnya, adalah perkara biasa untuk orang Islam dan bukan Islam makan bersama di premis yang menjual pelbagai jenis makanan, termasuk hidangan berasaskan khinzir tanpa menimbulkan sebarang isu.

“Orang makan khinzir di depan kita dan kita orang Islam, ia tidak menyinggung perasaan kami kerana kami sudah biasa dengan budaya seperti ini,” katanya. 

Jelas Joe atau nama sebenarnya Johan Ariffin Samad, kebanyakan kedai kopi dan pusat makanan di negeri berkenaan lazimnya menempatkan pelbagai gerai yang menjual makanan halal dan tidak halal secara bersebelahan.

“Kita hanya pesan apa yang kita mahu kerana mungkin dalam kedai itu ada gerai soto, gerai char siew dan sebagainya, dan ia tidak mengganggu kami,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, keterbukaan sedemikian semakin berkurangan di Semenanjung Malaysia apabila isu berkaitan agama dan kaum kini semakin diperbesarkan.

“Ia mengganggu masyarakat di Semenanjung dan perkara itu membuatkan saya tertanya-tanya,” katanya sambil menambah, masyarakat di Semenanjung dilihat semakin ‘tertutup’.

Menyindir segelintir media yang gemar mensensasikan perkara kecil, Joe berkata, senario tersebut membuatkan timbul perselisihan awam sehingga memecahbelahkan masyarakat.

“Kita melihat perkara itu dalam akhbar setiap hari. Perkara kecil mencetuskan isu tertentu dan pada saya, media juga tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

“Kita menonjolkan perkara yang remeh dan kemudian membesarkannya menjadi isu besar,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2026

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad