web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Maut Dalam Rompakan, Isteri Masih Belum Tahu Perkara Sebenar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri kepada seorang lelaki warga emas yang terbunuh dalam kejadian pecah rumah dan rompakan di Jalan Melayu, Ayer Tawar, masih belum dimaklumkan mengenai berita kematian suaminya itu.

Difahamkan, wanita terbabit masih dirawat di hospital akibat kecederaan serius dalam serangan yang sama.

Anak sulung mangsa, yang dikenali sebagai Teh, berkata, keluarga bimbang berita tersebut boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan ibunya.

“Kami masih tidak berani memberitahu ibu bahawa ayah telah meninggal dunia akibat serangan itu.

“Ibu ada bertanya tentang keadaan ayah, dan kami hanya beritahu dia bahawa ayah cedera. Kami mungkin akan beritahu ibu perkara sebenar dalam satu atau dua hari lagi,” katanya, seperti dilaporkan China Press.

Teh berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, ketika beliau menguruskan proses tuntutan jenazah bapanya.

Beliau berkata, bapanya mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu, dan patah di bahagian tangan kanan.

Kejadian yang meragut nyawa bapa Teh berlaku apabila kediaman pasangan berkenaan dipecah masuk seorang lelaki yang cuba merompak.

Ia kemudian bertukar ganas apabila perompak terbabit bertibdak menyerang suami isteri tersebut. 

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan, Teh berkata polis bertindak pantas menjalankan siasatan tetapi keluarga masih belum dimaklumkan sebarang perkembangan.

Mayat mangsa jelasnya lagi, akan dibawa pulang ke Ayer Tawar untuk urusan pengebumian.

Polis sebelum ini mengesahkan seorang lelaki berusia 84 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala isterinya masih dalam keadaan kritikal susulan serangan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.30 pagi.

Siasatan awal mendapati pasangan terlibat diserang menggunakan objek keras, oleh seorang lelaki yang memecah masuk kediaman mereka.

“Suspek melarikan diri dengan dua telefon bimbit dan sebuah dompet milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasbullah berkata, jiran yang terdengar kekecohan telah membantu membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan, namun mangsa lelaki disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Susulan kejadian, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada jam 7.45 malam hari yang sama.

“Kami turut merampas beberapa barangan dipercayai milik mangsa,” katanya sambil menambah, suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali jika hukuman mati tidak dikenakan.

Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Polis meminta saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di 05-688 6222 atau talian WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan. - Getaran, 9 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad