web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Pakistan Didakwa Rogol Wanita Indonesia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2026 8:47PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia secara berkumpulan, bulan lepas.

Ali Arshad, 36, dan Habib Ur Rahman, 43, didakwa bersama-sama merogol mangsa berusia 23 tahun di sebuah unit hotel di Jalan Imbi di sini antara 9.58 malam pada 14 April hingga 9.30 pagi, 15 April lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius dan berkemungkinan kedua-dua tertuduh akan melarikan diri.

Terdahulu, peguam s. Vinesh yang mewakili All memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan kesalahan itu kali pertama dilakukan anak guamnya yang menetap di Malaysia selama 18 tahun dan bekerja di sektor perladangan.

Pada prosiding hari ini, Habib Ur tidak diwakili peguam.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan sehingga kes selesai dan menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 7 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Semasa 22 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar