web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Kapal GSF 2.0 Dipintas Tentera Rejim Israel Libatkan 10 Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Apr 2026 3:48PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan enam daripada 22 kapal yang dipintas dan diceroboh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza, melibatkan 10 rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata mereka yang terlibat ialah Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Arkham Ill; Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1); Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN).

Turut terlibat ialah Mohd Redzal Amzah dan Muhamad Muhsin Zaidi, masing-masing berada dalam kapal Freia dan Marea serta Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai).

Sani Araby yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata misi itu secara keseluruhannya melibatkan 63 kapal, namun 22 kapal sahaja dipintas, terputus hubungan dan diceroboh secara langsung melibatkan 186 aktivis.

"Kapal-kapal terlibat ialah Saf Saf, Arkham III, Bella Blue, Romantica, Goleta, Eros I, Esplai, Mystere, Magic Boat, Ghea, Snap, Eros, Tam Tam, Nagual, Lapinya, Bianca BCN, Freia, Batolo, Bribon, Marea, Malia dan Holy Blue," katanya pada sidang media tergempar misi berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku pada 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia (6 petang hingga 4 pagi waktu Greece), dengan kapal GSF 2.0 dihampiri secara agresif oleh kapal tentera rejim Zionis Israel (IOF) sewaktu berada di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece.

"Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza, iaitu di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya di bawah undang-undang maritim antarabangsa UNCLOS," katanya.

Beliau berkata semasa kejadian, terdapat juga provokasi berlaku dengan pihak IOF melepaskan tembakan amaran ke arah kapal delegasi, selain melakukan gangguan frekuensi radio secara mengancam terhadap aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.

Selain itu, SNCC mengesahkan bahawa terdapat kehadiran puluhan dron tidak dikenal pasti yang dikesan beroperasi di sekitar kawasan flotila semasa insiden berlaku, dipercayai melakukan pemantauan dan gangguan terhadap pergerakan serta komunikasi flotila.

"Rakaman audio dan visual yang diperoleh SNCC membuktikan pihak IOF menggunakan naratif palsu bagi menjustifikasikan serangan amaran tersebut, sedangkan baki flotila misi kekal berlayar di koridor perairan antarabangsa tanpa melanggar sebarang protokol maritim," katanya.

Bagi memastikan keselamatan kapal yang lain, Sani Araby memaklumkan SNCC mengarahkan semua kapal yang belum dipintas untuk segera memasuki kawasan perairan Greece.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri penaung bagi memohon sokongan kerajaan khususnya dari sudut keselamatan dan urusan diplomatik bersama kerajaan Greece serta Turkiye.

Mengulas lanjut status terkini 10 rakyat Malaysia itu yang kali terakhir dapat dihubungi pada 8.30 pagi tadi, beliau berkata status mereka masih belum diketahui buat masa ini, dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu berhubung perkara tersebut dari semasa ke semasa.

Sani Araby berkata pihaknya berharap untuk menerima maklumat lanjut perkara itu dalam masa terdekat kerana waktu tempatan di lokasi kejadian ketika ini masih terlalu awal.

"Pihak kami juga telah menjangka rejim Zionis akan membuat pemintasan terhadap GSF 2.0 kerana bimbang terhadap sokongan masyarakat dari seluruh dunia termasuk Malaysia terhadap usaha ini," katanya.

Beliau berkata taktik pemintasan lebih awal kali ini berbeza jika dibandingkan dengan insiden penahanan dan penculikan pada Oktober 2025 yang dilakukan dalam kawasan 'Red Zone iaitu pada kedudukan 50 batu nautika dari Gaza, sekali gus menunjukkan rejim Zionis berada dalam keadaan terdesak.

Sementara itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati, selain mengadakan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan dan keselamatan kepada semua delegasi misi yang ditahan.

GSF 2.0 menghimpunkan gabungan antarabangsa dari seluruh dunia, menggabungkan usaha maritim dengan gerakan mobilisasi global di darat termasuk advokasi undang-undang serta kempen solidariti di pelbagai negara yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad