web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal Malaysia Antara Terawal Lepasi Selat Hormuz - PM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2026 8:45PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapal Malaysia antara yang terawal diberikan kebenaran melalui Selat Hormuz, dengan kapal tangki minyak mentah Ocean Thunder selamat tiba di Terminal Pengerang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata rundingan awal dengan Presiden Iran membolehkan kapal Malaysia diberikan laluan di perairan strategik itu.

Katanya, situasi di Selat Hormuz ketika ini masih dipengaruhi tekanan pelbagai pihak termasuk Amerika Syarikat, Iran dan negara Eropah berhubung masa depan laluan tersebut.

“Ketika ini kita masih mencari penyelesaian antara tekanan Amerika Syarikat untuk menguasai rantau itu, tekanan Iran untuk mempertahankan hak mereka serta tuntutan Eropah yang dirundingkan malam tadi mengenai masa depan Selat Hormuz.

“Namun, kita bersyukur kerana dapat menghubungi Presiden Iran lebih awal, sekali gus membolehkan kapal kita melalui laluan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan masih terdapat beberapa kapal Malaysia yang terkandas atau mengalami kerosakan, namun usaha sedang giat dijalankan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Mengulas kenaikan harga bahan api, beliau berkata ia berpunca daripada peningkatan kos insurans sehingga 150 peratus serta kos pengangkutan yang lebih tinggi susulan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.

“Ramai bertanya, jika minyak sudah masuk dari Selat Hormuz, mengapa harganya masih mahal? Jawapannya kerana harga insurans meningkat sehingga 150 peratus dan kos pengangkutan turut naik disebabkan risiko,” katanya. - Getaran, 18 April 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad