web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inspektor Rempuh Anggota Polis Trafik Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2026 6:19PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang terlibat dalam insiden merempuh anggota polis trafik dan beberapa kenderaan lain untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjong Rambutan, Perak.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid memutuskan demikian selepas peguam G. Nanda Goban mewakili Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah, 41, memaklumkan anak guamnya menghidap skizofrenia.

"Arahan daripada keluarga tertuduh agar jangan mohon ikat jamin. Mengikut semakan, rekod cuti sakit terakhir anak guam pada Februari tahun ini dan sehingga tarikh itu, dia berada dalam keadaan terkawal kerana menjalani rawatan susulan dan mengambil ubat, namun telah berhenti selepas Februari.

"Sebelum kejadian ini, bapa tertuduh pernah membuat laporan polis agar lelaki itu dibawa ke hospital, tetapi gagal kerana dia melarikan diri. Mohon mahkamah memberikan perintah agar tertuduh boleh menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Tatacara Jenayah," kata peguam itu.

Nanda berkata memandangkan anak guamnya mempunyai rekod kesihatan berkaitan mental, pemeriksaan itu diperlukan bagi memastikan Muhammad Kamal boleh menjawab pertuduhan di mahkamah.

Muhammad Kamal yang sebelum ini berkhidmat bersama Kontinjen Polis Kedah didakwa telah cuba membunuh dengan cara melanggar anggota polis trafik Konstabel Roslan Salleh, menggunakan kereta jenis Perodua Axia dan mengetahui perbuatan tersebut boleh mendatangkan kematian terhadap lelaki itu.

"Saya sakit sihir, saya tak ingatlah," kata lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat sini pada 10.47 malam, 10 April lepas, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan sekiranya perbuatan itu menyebabkan kecederaan, hendaklah dihukum penjara yang boleh sampai 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin, selain memaklumkan tiada keadaan khas yang mewajarkan jaminan dalam kes itu.

"Mangsa merupakan seorang penjawat awam, iaitu anggota polis trafik yang telah dirempuh dan beliau mengalami kecederaan serius. Kes ini juga mendapat perhatian awam dan saya memohon agar tiada jaminan diberikan serta mahkamah menetapkan tarikh sebutan," katanya. 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di hadapan Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan, Muhammad Kamal didakwa atas satu pertuduhan memandu kenderaan sama secara melulu dan berbahaya terhadap seorang lelaki di Jalan Loke Yew, di sini, pada 4.10 petang, 13 April.

Pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah mengeluarkan perintah yang sama agar Muhammad Kamal dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental.

"Arahan sama terpakai kepada enam lagi kes yang sepatutnya dihadapi tertuduh dan tiada jaminan diberikan," kata Tg Syazwany yang menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Ditemui pemberita selepas prosiding, Nanda berkata anak guam dan keluarganya ingin memohon maaf kepada anggota polis yang cedera serta beberapa pemilik kenderaan yang terjejas dalam insiden rempuhan ini.

"Kami mendoakan agar anggota tersebut pulih sepenuhnya," katanya.

Pada 14 April, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek dikesan menghidap skizofrenia dan kini sedang menjalani cuti perubatan khas, selain dalam proses untuk dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.

Dalam kejadian pada 10.47 malam, 10 April, anggota polis trafik itu dilaporkan mengalami kecederaan di tangan, belakang kepala dan rusuk selepas dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan suspek, ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad