web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lelaki Didenda, Jalani Khidmat Masyarakat Kerana Buang Puntung Rokok

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2026 5:25PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tiga lelaki didenda RM500 hingga RM700 serta diperintahkan menjalani khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam.

Kes berkenaan adalah pendakwaan pertama di Melaka di bawah Seksyen 77A Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Mohamad Faez Sahli, 28, Yeo Hong Huat, 57, dan K Danesh, 29, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang disediakan.

Mohamad Faez didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bandar Bestari, Jasin pada 8 Januari kira-kira 11 pagi, manakala Yeo di Taman Mutiara Melaka di Batu Berendam pada 23 Januari sekitar 10 pagi.

Danesh yang bekerja di sebuah kilang di Pahang pula didapati melakukan kesalahan tersebut di Pantai Klebang pada 1 Januari, sekitar 3 petang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Subseksyen 77A(1) Akta 672 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 serta perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 12 jam secara agregat dalam tempoh enam bulan sebagaimana ditetapkan mahkamah.

Dalam rayuan, kesemua OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan mempunyai tanggungan, baru mendapat pekerjaan dan faktor kesihatan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SWCorp Dewira Sheera Norman, Abd Hadi Abd Wahab dan Muhammad Syarihul Mohd Dzahir mencadangkan hukuman setimpal berbentuk pemulihan sebagai pengajaran kepada OKS dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM500 terhadap Mohamad Faez dan Danesh serta memerintahkan kedua-duanya menjalani khidmat masyarakat selama 12 jam, manakala Yeo didenda RM700 dan diarahkan menjalani khidmat masyarakat selama 10 jam.

Kesemua OKS perlu melaksanakan perintah khidmat masyarakat itu dalam tempoh enam bulan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad