web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Pusat Boling Sempat Adu Sakit Kepala Sebelum Ditemukan Meninggal Dunia - Pengurus

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2026 2:40PM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pekerja di pusat boling di Tanjong Malim sempat mengadu mengalami sakit kepala kepada isterinya sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah billk stor peralatan pembersihan di premis berkenaan, awal pagi tadi.

Pengurus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sports Bowl, Dzulkarnain Sapian berkata, kejadian itu hanya disedari kira-kira 1 pagi selepas isteri mangsa datang ke pusat boling terbabit untuk mencari suaminya yang tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja, malam tadi.

Dzulkarnain berkata beliau bersama-sama isteri mangsa dan seorang petugas cuba membuka pintu stor itu yang kebiasaannya tidak berkunci, namun sukar dibuka kerana didapati kepala mangsa berada di sebalik pintu berkenaan sehingga menyebabkannya tersangkut dan tidak dapat dibuka sepenuhnya.

"Selalunya, stor yang simpan barang-barang cleaning ini kecil sahaja, tak pernah berkunci. Pintu bukan terkunci... tetapi tertahan oleh kepala mangsa, apabila pihak keselamatan UPSI berjaya masuk ke dalam stor itu, baru kita boleh betulkan kedudukan arwah.

"Dia ada mengadu dengan isterinya petang semalam katanya dia sakit kepala. Itu sahaja yang saya tahu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkarnain turut mengesahkan mangsa Mohd Radzi Ariffin, 53, merupakan pekerja syarikat swasta UPSI Sports Bowl yang beroperasi di dalam kampus UPSI sebagai tukang cuci.

Solat jenazah, katanya, akan dilakukan di Masjid Al Mursyidin UPSI selepas selesai bedah siasat oleh pihak forensik.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam kenyataan di laman Facebook berkata mangsa disyaki mengalami serangan jantung.

"Bedah siasat sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa di Hospital Slim River dan Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bernam.

"Pihak syarikat akan mengeluarkan kenyataan sebenar tentang kejadian. Pihak UPSI sentiasa memantau perkara ini dan akan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga arwah," katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima panggilan berkaitan kes itu pada 1.57 pagi, sebelum bomba tiba ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Sabarodzi berkata operasi tamat sepenuhnya pada 2.36 pagi, dan kes masih dalam siasatan pihak polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad