web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abu Syafiq Berjaya Rekod Persetujuan di Mahkamah Dengan Facebook

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat konglomerat teknologi Facebook, bersetuju untuk bekerjasama dengan pendakwah bebas, Abu Syafiq Al-Asy’ary bagi memberikan maklumat penting mengenai asal-usul komen di Facebook yang menggunakan nama beliau.

Dalam satu kenyataan,  peguamnya Nurul Hafidzah Hassan berkata, Facebook juga telah bersetuju dan perintah itu direkodkan di hadapan hakim Rohatul Akmar Abdullah di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk membolehkan maklumat pemilik sebenar akaun diperoleh.

 “Facebook bersetuju memberikan maklumat terhadap beberapa kes saman fitnah siber yang diambil pada tahun lalu, setelah mendakwa akaun beliau digodam dan disalahguna di laman media sosial.

“Ia termasuk e-mel, dan lain-lain maklumat berkaitan mengenai dua akaun palsu yang telah digunakan di laman media sosial tersebut dengan tujuan untuk menyamar dan mengejek plaintif, termasuk membuat kenyataan berbaur fitnah, sekali gus memberi gambaran bahawa semua kenyataan tersebut dimuat naik oleh beliau,” kata peguam berkenaan.

Jelasnya lagi, Abu Syafiq menamakan Facebook sebagai defendan dalam saman yang difailkan sebelum ini.

“Plaintif sebelum ini telah memfailkan tindakan serupa iaitu memohon perintah penzahiran ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada tahun lepas selepas gagal mendapatkan maklumat mengenai aduan yang telah dibuat.

“Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan yang Facebook bukan di bawah bidang kuasa mereka. Justeru dengan itu, plaintif telah membuat keputusan mendapatkan maklumat dari Facebook bagi mendapatkan perintah penzahiran,” jelasnya lagi.

Nurul Hafidzah memberitahu, pihak plaintif juga memohon agar asal-usul dan maklumat berkenaan komen serta sorotan komen palsu yang mengkafirkan Ustaz Ebit Lew didedahkan oleh Facebook.

“Dengan kejayaan memperoleh maklumat dari Facebook, beliau akan dapat mengenal pasti sumber dan individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui akaun-akaun palsu dan komen palsu yang tidak ditadbir, tidak dimiliki, tidak dikawal dan tidak dilakukan oleh Abu Syafiq.

“Kesemua akaun tersebut, laman yang dipercayai digodam dan/atau akaun yang ditukar nama, dan dua akaun palsu tersebut bukan ditadbir oleh Abu Syafiq,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Julai 2020, Abu Syafiq  memfailkan saman fitnah terhadap tiga individu termasuk terhadap pengacara Amin Idris kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Sebelum ini, Abu Syafiq berkata, dia mengambil keputusan tersebut bagi membersihkan namanya dan menegaskan, sama sekali tidak terbabit melakukan perkara yang didakwa tiga defendan berkenaan.

“Plaintif cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun setelah ketiga-tiga defendan enggan meminta maaf maka beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kebenaran setelah imej, reputasi dan namanya dicemari oleh pihak-pihak tertentu,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad