web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangka Bayi Depan Rumah: 5 Termasuk 4 Sekeluarga Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2026 11:38AM

Lokasi penemuan rangka bayi berkenaan yang terletak di hadapan sebuah rumah kosong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih merupakan antara lima yang direman empat hari oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka hari ini susulan penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah kosong. 

Pasangan berkenaan terdiri daripada remaja perempuan berusia 19 tahun dan kekasihnya.

Getaran difahamkan, tiga lagi suspek yang direman bermula hari ini itu ialah abang, ibu, kakak dan adik lelaki remaja perempuan terbabit, masing-masing berusia antara 16 hingga 40 tahun.

Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Kamarul Aris Kamalluddin sehingga Ahad bagi membantu siasatan penemuan rangka bayi itu.

Terdahulu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek akan direman bagi memudahkan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, rangka bayi yang dipercayai dilahirkan kira-kira empat bulan lalu telah dikebumikan di hadapan sebuah rumah di Kelemak.

Kawasan perumahan berkenaan dikatakan agak sunyi, dan rumah terbabit terletak bertentangan dengan sebuah unit kosong. – Getaran, 26 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad