web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukarelawan AirAsia Bantu Program Vaksinasi, PPV Umpama Lapangan Terbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:40PM

Antara AirAsia Allstars yang bertugas di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umpama mengubat kerinduan berada di lapangan terbang, antara situasi yang boleh digambarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  (KLCC) dan Pusat Konvensyen Setia City, apabila AirAsia Allstars memulakan tugas sebagai sukarelawan di situ bermula semalam.

Manakan tidak, disambut dengan senyuman mesra kru kabin yang lengkap berpakaian uniform sejurus tiba di pintu masuk utama, mereka yang datang mengambil suntikan vaksin dilayan seolah-olah penumpang pesawat, apabila dibantu dari proses awal hingga akhir melibatkan lima stesen di PPV berkenaan.

Ketua Kru Kabin AirAsia Malaysia Nurul Tiara Rosli yang bertugas di PPV KLCC berkata, antara tugasan bukan perubatan dilakukan mereka, termasuklah mengalu-alukan kedatangan penerima vaksin, pemeriksaan dokumen dan status MySejahtera, serta memberikan taklimat mengenai gejala yang mungkin dialami.

Namun antara yang menarik perhatian ramai apabila, mereka membuat pengumuman menggunakan nada dan intonasi sama seperti ketika menyampaikan maklumat penerbangan di lapangan terbang.

“Ada yang ingin mengambil swafoto bersama, malah paling seronok sewaktu mereka dengar pengumuman kami, ramai yang keluarkan telefon masing-masing dan rakam serta ambil gambar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

AirAsia Allstars menjaga pintu masuk stesen penerimaan vaksin di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar oleh Bernama
AirAsia Allstars menjaga pintu masuk stesen penerimaan vaksin di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar oleh Bernama

Turut teruja dapat menyarung pakaian uniformnya, Nurul Tiara yang sudah tujuh tahun menjadi kru kabin berkata, kesemua mereka juga telah diberi taklimat berhubung perjalanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, supaya operasi di setiap PPV berjalan lancar.

Sedar ramai yang rindukan untuk kembali melancong, beliau menjelaskan inilah masanya untuk rakyat sedar bahawa vaksinasi adalah amat diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok, bagi membolehkan aktiviti ekonomi negara termasuk pelancongan dalam dan luar negara dapat dipulihkan.

Seorang lagi kru kabin AirAsia Mohd Suhairi Zakaria pula menceritakan rasa puasnya, apabila dapat membantu proses perjalanan di PPV termasuk dapat membantu seorang warga emas berkerusi roda dari awal hingga akhir proses suntikan vaksin.

Berbangga dapat menyumbang tenaga bagi memastikan kelancaran program itu, Mohd Suhairi berpendapat kepakaran dari aspek komunikasi dengan penumpang pesawat sebelum ini amat memudahkan kerja mereka di PPV berkenaan, apabila ia turut sama dipraktikkan kepada penerima vaksin.

Menjengah ke laman sosial pula, rata-rata warganet memberi reaksi positif dengan video memaparkan kru kabin AirAsia yang membuat pengumuman, antaranya pengguna TikTok @WakMustarjo: “Wow...anda membuatkan orang yang nak cucuk vaksin rasa macam nak pergi ‘travel’, macam kat ‘airport’,” manakala @username pula menulis: “Kalau dapat vaksin kat sini nak bawak ‘luggage’ dengan tiket ‘flight’,”.

Lebih daripada 300 AirAsia Allstars menjadi sukarelawan di dua PPV berkenaan, yang turut terdiri daripada jurutera, kakitangan darat dan pegawai pejabat, serta pihak pengurusan yang menjalankan tugas bukan perubatan, di mana jumlah itu juga akan ditambah kepada 1,000 dalam tempoh akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Nafi Berlaku Kesesakan Di Lapangan Terbang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AirAsia Teruskan Penerbangan Ke Chennai, Tiada Pembatalan Setakat Ini

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar