web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Rumah Terbakar Di Kota Bharu, Aidilfitri Disambut Suram

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2026 3:03PM

Gambar JBPM Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sambutan Aidilfitri suri rumah Rozmawani Abdullah suram selepas rumahnya musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran di Lorong Rela Kampung Bunut Payong di sini pagi tadi.

Kebakaran itu turut memusnahkan dua rumah berdekatan.

Rozmawani, 42, berkata, dia bergegas membawa dua anaknya Muhammad Ammar Darwisy Mohd Fadzli,11, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dan Afiyah Hanan, lapan tahun, ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari kebakaran itu.

Semasa kejadian, suaminya Mohd Fadzli Ab Rashid, 45, dan anak sulung mereka Muhammad Zafran Zarif, 14, tidak berada di rumah kerana ke Masjid Bunut Payong untuk solat sunat Aidilfitri.

"Saya tidak sempat mengambil dokumen milik suami dan hanya mampu menyelamatkan beg pakaian raya yang berada di ruang tamu.

"Rasa sedih dengan dugaan kami sekeluarga. Ketika orang lain bergembira menyambut 1 Syawal kami sebaliknya apabila rumah terbakar,"" katanya semasa dihubungi hari ini.

Rozmawani bagaimanapun bersyukur kerana kebakaran dari rumah seorang pesara yang telah ke masjid, disedari anak jirannya Muhammad Fitri Mat Nawi, 28, yang membantunya dalam situasi itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim PBK II Mohd Amin Moha Kari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi dengan kebakaran melibatkan tiga rumah teres dua tingkat.

"Dua rumah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus namun tiada mangsa yang cedera," katanya.

Mohd Amin berkata operasi pemadaman yang melibatkan 22 anggota berjaya mengawal api pada 9.44 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad