web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Raya SJPP 2026 Angkat Tema Keusahawanan, Cermin Perjalanan Sebenar Usahawan Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2026 6:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Filem Raya pertama Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) berjaya mengangkat tema keusahawanan, yang amat jarang disentuh.

Pemangku Pegawai Utama SJPP, Juanita Rusmini Abdul Jalil berkata, filem berkenaan merakam perjalanan usahawan dalam membina perniagaan yang berjaya melalui penerapan nilai-nilai ketekunan, kerjasama dan sokongan berkekalan.

Menurut beliau, jalan cerita filem terbabit mencerminkan perjalanan sebenar ramai usahawan Malaysia.

“Keusahawanan jarang sekali dibina melalui jalan yang mudah. Ramai pemilik perniagaan menghadapi cabaran dan saat-saat ketidakpastian di sepanjang perjalanan. 

“Apa yang penting ialah ketabahan dan kesediaan untuk maju bersama dan seterusnya mendapatkan sokongan yang tepat,” katanya.

Jelas Juanita, filem menggunakan tajuk Kisah Raya SJPP 2026 itu mengangkat elemen komedi, menjadikan ia sebuah tontonan yang menghiburkan, tetapi masih sarat dengan makna. 

“Filem ini menceritakan kisah tiga sahabat yang menjalankan perniagaan bermusim pada bulan Ramadan. 

“Apa yang bermula sebagai usaha kecil-kecilan berkembang menjadi perusahaan yang berinovasi apabila ketiga-tiga mereka bekerjasama, menggabungkan kemahiran, idea dan keazaman mereka,” katanya. 

Bagaimanapun, perbezaan pendapat mula melingkari mereka saat perniagaan semakin berkembang.

“Mereka akhirnya memutuskan untuk menempuh jalan yang berasingan, mempercayai bahawa mereka mungkin mencapai lebih banyak kejayaan secara individu.

“Lama-kelamaan, mereka menyedari bahawa kekuatan perniagaan mereka tidak pernah dibina berdasarkan usaha individu sahaja, tetapi berdasarkan visi bersama dan kekuatan yang saling melengkapi,” katanya.

Juanita memberitahu, babak akhir memaparkan bagaimana tiga sahabat berkenaan kembali bersatu dan membina semula usaha mereka. 

“Hasil kerjasama tersebut menyaksikan mereka berjaya meneroka peluang perniagaan yang lebih besar,” katanya. 

Jelas Juanita, Kisah Raya SJPP 2026 mencerminkan landskap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, iaitu bermula secara kecil-kecilan tetapi berpotensi untuk berkembang apabila disokong oleh ekosistem yang betul.

“Filem ni mencerminkan perjalanan berterusan SJPP, bukan sahaja dalam menguruskan skim jaminan kerajaan, tetapi juga sebagai sebuah entiti yang berusaha untuk membina hubungan yang lebih bermakna dengan usahawan,” katanya. 

Mekanisme skim jaminan kerajaan ini tambah beliau, membantu merapatkan jurang antara cita-cita usahawan dan akses kepada modal, memastikan PKS yang berpotensi tidak ketinggalan disebabkan oleh batasan struktur pembiayaan. 

“Seperti Kisah Raya SJPP, kejayaan selalunya datang daripada gabungan ketekunan, kerjasama dan sistem sokongan yang tepat,” katanya.

Kisah Raya SJPP 2026 boleh ditonton menerusi saluran YouTube SJPP. - Getaran, 19 Mac 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad