web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Rampas Dadah Bernilai RM2.6 Juta, 5 Suspek Perantara Ditahan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2026 6:49PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas 53.85 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai hampir RM2.6 juta dalam dua kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Tawau selepas menahan lima suspek "perantara" baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata dalam kes pertama pada 11 Mac lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah bersama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di KKIA pada 11.15 malam.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga kotak yang diimbas di bahagian bagasi laluan ketibaan antarabangsa menemukan ketulan hablur jernih disyaki metamfetamina dengan anggaran berat kasar 30.30 kg bernilai kira-kira RM1.5 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan hari ini.

Beliau berkata suspek, yang juga pekerja bebas dalam bidang seni bina, kini direman hingga 20 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jauteh juga berkata dalam kes kedua di Tawau pada 13 Mac lepas, seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan di sebuah premis stor penyimpanan kenderaan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Beliau juga berkata dua lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 36 hingga 73 tahun berjaya diberkas dan pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 20 paket dadah disyaki syabu dengan anggaran berat kasar 20.48 kg dengan nilai kira-kira RM1.024 juta.

"Semua suspek telah ditahan reman hingga 22 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya sambil menambah polis turut menyita beberapa aset termasuk motosikal, lori tiga tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard.

Jauteh berkata keseluruhan rampasan dadah dalam kedua-dua kes dianggarkan mampu menampung lebih 1 juta penagih bagi sekali penggunaan, dan hasil saringan awal air kencing serta semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek negatif dadah selain tiada rekod jenayah.

Beliau berkata polis percaya kes itu membabitkan dua sindiket pengedaran dadah kerana modus operandi yang digunakan bagi pembungkusan adalah berbeza.

"Keberhasilan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah...orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad