web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Haji Kekal RM33,300 - TH

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2026 6:40PM

Mustakim Mohamad - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026 kekal pada RM33,300.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustakim Mohamad berkata meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan.

Beliau berkata hal ini kerana perjanjian dengan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines telah pun dikunci lebih awal.

"Tabung Haji yakin kos haji tidak akan meningkat untuk 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada... ia telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan," katanya.

Mustakim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata TH akan menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berterusan bagi jangka panjang dan memberi kesan kepada harga minyak dunia.

Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata menerusi rundingan dengan kedua-dua syarikat, harga penerbangan telah dipersetujui untuk tempoh tiga tahun sekali gus melindungi jemaah daripada impak langsung kenaikan harga minyak global. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad