web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota PGA Antara Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Komander AKPS

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2026 6:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal antara ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, 25 Februari lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata anggota berusia 30-an yang bertugas di bahagian perisikan sempadan itu ditahan pada 5 Mac lepas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Anggota ini sudah dua tahun bertugas di sempadan di bahagian risikan. Dia seorang daripada 11 orang yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan.

"Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ketamin. Tempoh reman selama tujuh hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, anggota tersebut dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ahli sindiket yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

"Siasatan juga mendapati anggota itu berada di lokasi kejadian bersama ahli sindiket, kira-kira empat hingga lima jam sebelum insiden tembakan berlaku. 

"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan dia berkawan rapat dengan ahli sindiket dan dipercayai pernah sama-sama hisap dadah. Jadi bila ada maklumat sedemikian, kita tidak berkompromi dan menahannya untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan setakat ini, adalah seramai 11 individu, namun mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kaitan anggota berkenaan dengan sindiket yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan itu.

"Kes ini sangat serius kerana melibatkan tembakan terhadap anggota penguat kuasa, jadi kita akan siasat secara menyeluruh tanpa mengira siapa yang terlibat," katanya.

Dalam kejadian pada 5.40 pagi 25 Februari lepas, kenderaan Proton X70 dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin M Nasir ditembak dua das di susur Masjia Al Muhajirin di Bukit Kayu Hitam, namun mangsa selamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan.

Dalam perkembangan lain, Adzli berkata seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dan bunuh di Taman Kempas, selasa lepas.

Adzli berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau itu ditahan pada 5.30 petang hari kejadian dan motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam.

Dalam kejadian awal pagi Selasa lepas, seorang lelaki berusia 20-an dilaporkan maut manakala tangan adik perempuannya hampir putus akibat ditetak dan mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dalam keadaan stabil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad