web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Sepak, Campak Kucing Hingga Mati Dipenjara 22 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2026 3:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perbuatan kejam seorang lelaki menyepak dan mencampak seekor anak kucing sehingga mati yang videonya tular tahun lepas, menerima padah apabila diperintah menjalani hukuman penjara 22 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas gagal membayar denda RM60,000.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Daniel Hakim Abdullah, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Mohd Daniel yang bekerja sebagai mekanik didakwa dengan kejam menyepak dan mencampak seekor anak kucing berwarna putih sehingga menyebabkan kematian haiwan itu di sebuah pangsapuri di Seksyen U16, di sini antara 4.50 pagi hingga 5 pagi, 3 Oktober 2025.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh terjumpa dua ekor anak kucing berwarna hitam dan putih di hadapan rumahnya, memasukkan kedua-duanya ke dalam sebuah beg dan dibawa ke hadapan rumah jirannya, sebelum dikeluarkan semula dan menyepak kedua-dua anak kucing tersebut.

Perbuatan itu direkoakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi OKS mencampak dan menyepak anak kucing tersebut dan tular di pelbagai platform media sosial.

Bertindak atas aduan, sepasukan Pegawai Kebajikan Haiwan Negeri Selangor tiba di lokasi kejadian pada 9.15 malam hari yang sama dan hasil pemeriksaan menemui seekor anak kucing warna putih yang telah mati dan ditanam.

Pada 9 Oktober 2025, hasil bedah siasat terhadap anak kucing itu mendapati terdapat kesan retak pada tengkorak kepala dan pendarahan pada paru-paru dengan kesan patah pada tulang rusuk, manakala punca kematian dikenal pasti daripada kegagalan sistem pernafasan.

OKS dituduh mengikut Seksyen 29(1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Peguam Amirah Badriyah Azahar yang mewakili tertuduh merayu hukuman pemenjaraan kurang satu tahun kerana anak guamnya tidak mampu membayar sebarang denda kerana mempunyai pendapatan sekitar RM1,700 sebulan serta perlu menanggung seorang isteri dan seorang anak berusia tujuh bulan.

Amirah Badriyah berkata anak guamnya juga menyara bapa berusia 76 tahun dan kini sedang tenat selain Mohd Daniel juga mempunyai penyakit darah tinggi serta migran yang kronik.

"Terdapat tiga hingga empat ekor kucing tidak bertuan selalu buang najis di hadapan rumahnya, malah OKS selalu membersihkan najis berkenaan ke bawah sehingga dimarahi jiran, selain membuat aduan kepada pihak pengurusan pangsapuri tetapi tidak ada sebarang tindakan.

"Keadaan itu menyebabkan OKS mengalami tekanan berlanjutan dan hilang pertimbangan serta dengan perasaan emosi dan marah mencampak dan menyepak anak kucing tersebut," katanya yang turut memaklumkan anak guamnya kini menyesal atas perbuatan tersebut. 

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Mohd Sharif Sabran memohon hukuman berat sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat agar tidak menzalimi mana-mana haiwan serta melihat keseriusan kes kerana anak kucing yang menjadi mangsa itu telah mati.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM60,000 terhadap tertuduh dan dipenjara 22 bulan jika gagal dibayar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 31 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad