web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Terengganu Pemilik Tunggal ‘Darah Emas’

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2026 3:30PM

Darah Rh Negatif difahamkan hanya dimiliki sekitar 50 individu di seluruh dunia - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita Terengganu mungkin insan ‘paling bertuah’ kerana bergelar pemilik tunggal darah jenis Rh Negatif di negara ini. 

Turut dikenali sebagai ‘Darah Emas’, jenis darah ini dimiliki oleh seorang bagi setiap enam juta individu dan sehingga kini, kumpulan darah terbabit dipercayai hanya dimiliki 50 individu seluruh dunia.

Berita Harian melaporkan, pemilik ‘darah emas’ berusia itu enggan dikenali, tetapi sudi berkongsi sedikit kisah menerusi kerjasama Pusat Darah Negara.

Jelas wanita itu, dia hanya mengetahui tentang ‘anugerah’ tersebut selepas selesai menderma darah pada 2016.

Mengakui sukar untuk mempercayai dan menerima hakikat itu pada mulanya, dia akhirnya pasrah apabila mengetahui kelebihan dan tanggungjawab dipikul.

"Sejak itu, saya sentiasa menjaga kesihatan saya dengan lebih teliti kerana sedar akan risikonya," katanya.

Jelas gadis tersebut, dia pernah ditimpa malang pada 2024, apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Walaupun sedang kesakitan, perkara pertama yang saya maklumkan kepada orang ramai (yang datang membantu) adalah tentang keadaan saya, iaitu jenis darah yang sangat jarang berlaku.

"Maklumat ini penting bagi memastikan saya menerima rawatan yang betul. Walaupun mempunyai keistimewaan mempunyai darah emas ini, saya juga menyedari risikonya,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga perlu ditangani dengan terperinci dan teliti jika melangsungkan perkahwinan dan ditakdirkan hamil. 

“Saya perlu dipantau dari sudut perubatan dengan teliti jika menempuh alam perkahwinan dan disahkan hamil,” katanya.

Atas faktor tersebut katanya, dia sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sebarang penyakit kritikal atau kemalangan pada masa hadapan, lantara  sukar memperoleh penderma sepadan.

“Apa-apa pun, saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan tampil untuk menderma darah kerana melalui pendermaan darahlah saya mengetahui kumpulan darah saya sendiri.

"Semoga masyarakat dapat memahami betapa pentingnya peranan penderma darah dalam menyelamatkan nyawa," katanya yang turut menderma darah untuk disimpan di pusat tersebut.

Rh Negatif difahamkan pertama kali ditemui pada 1961 pada seorang wanita dari Australia.

Jenis darah ini adalah yang paling universal dan dianggap sebagai penyelamat kerana ia tidak mengandungi antigen.

Sifat neutral darah Rh Negatif juga mengurangkan risiko penolakan oleh penerima semasa proses transfusi.

Pada masa ini, jenis Darah Emas dipercayai dimiliki oleh kira-kira 50 orang di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, hanya 10 orang bertindak sebagai penderma aktif. – Getaran, 8 Februari 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran