web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Bangladesh Maut Dihempap Kren Kawalan Jauh

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2026 3:03PM

Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja Bangladesh maut selepas dihempap sebuah kren jenis spider lift dikendalikannya di Jalan Perak, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 10.40 malam semasa lelaki berusia 32 tahun itu melakukan kerja pembaikan papan tanda bangunan di bahu jalan.

"Siasatan awal mendapati kren yang dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh dipercayai terlanggar tebing kaki lima sebelum hilang imbangan lalu terbalik.

"Kren itu menghempap mangsa dan dua kenderaan berhampiran, iaitu Proton Persona dan BMW 523i," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata pengendali kren disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan manakala pemandu dan penumpang dua kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti syarikat pemilik kren kontraktor terlibat, menyemak permit kebenaran kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-20719999 atau hadir ke balai polis berhampiran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar