web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Altantuya Pulangkan Semula Ganti Rugi Termasuk Faedah Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2026 8:40PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga Altantuya Shaariibuu telah memulangkan semula ganti rugi bernilai lebih RM4.8 juta kepada Kerajaan Malaysia termasuk faedah, yang sebelum ini diberikan kepada mereka, susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan kerajaan daripada liabiliti atas kematian model warga Mongolia itu pada 2006.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Altantuya, berkata keseluruhan jumlah itu tidak disentuh dan kekal disimpan dalam akaun pemegang amanah, selaras dengan perintah mahkamah.

"Keseluruhan jumlah yang dibayar sebelum ini berdasarkan perintah penangguhan bersyarat Mahkamah Tinggi Shah Alam, merangkumi jumlah penuh penghakiman dan semua faedah yang terkumpul, telah dipulangkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sangeet berkata langkah yang sama diambil turut terpakai kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dengan pemulangan dibuat mengikut potongan yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan.

"Seperti yang selalu dikatakan oleh bapa Altantuya, kes ini bukanlah berkaitan dengan wang. Perkara yang dicari beliau ialah jawapan, kebertanggungjawaban dan pengakuan.

“Pemulangan wang dengan segera dan jumlah yang sepenuhnya termasuk faedah yang diperoleh, mencerminkan pendirian itu dengan jelasnya," katanya.

Pemulangan ganti rugi itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2025 yang mengarahkan Kerajaan Malaysia dan Abdul Razak masing-masing membayar RM4.7 juta kepada keluarga Altantuya dan mendepositkan jumlah itu sementara menunggu pendengaran rayuan mereka.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab secara vikarius terhadap kematian Altantuya kerana perbuatan kedua-dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, dilakukan di luar tugas mereka.

lbu bapa Altantuya dan cucu mereka telah memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 atas dakwaan kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental serta trauma psikologi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2022 membenarkan saman yang difailkan oleh keluarga Altantuya dan mengarahkan Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak, dan kerajaan membayar ganti rugi RM5 juta secara bersama. 

Kerajaan dan Abdul Razak kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009 kerana membunuh Altantuya di Shah Alam pada 19 dan 20 Oktober 2006. 

Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka selepas mengetepikan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad