web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilauan Pedati Emas Dan Perak Bersama 90 Kavadi Burung Merak Warnai Chetti Pusam

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2026 2:39PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sambutan 'Chetti Pusam' di Pulau Pinang tampil memukau dengan keindahan pedati yang dihias serba indah serta perarakan penuh warna-warni, diiringi 90 kavadi burung merak mengelilingi pedati perak komuniti Chettiar sempena Thaipusam.

Sambutan Thaipusam di negeri ini terus menambat hati apabila pedati emas yang mula diperkenalkan pada 2017 tampil megah membawa vel atau lembing, senjata suci Dewa Murugan dengan memulakan perjalanan seawal 6 pagi dari Lebuh Queen menuju ke Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga.

Kilauan emas pedati yang dihiasi ukiran halus, limpahan cahaya keemasan serta bunga-bungaan berwarna-warni mencipta suasana penuh simbolik, disaksikan ribuan penganut serta pelancong tempatan dan antarabangsa yang membanjiri laluan perarakan.

Kira-kira sejam kemudian, tumpuan beralih kepada pedati perak berusia 132 tahun yang tidak kurang mempesonakan apabila pedati bersejarah itu membawa arca Dewa Murugan dan bergerak dari Kuil Nagarathar Kovil Veedu di Lebuh Penang ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun.

Pemegang Amanah Kuil Nattukottai Chettiar PRC Veerappan berkata pedati perak yang dibina di Karaikudi, Tamil Nadu, India, dan dihantar ke Pulau Pinang pada Januari 1894 itu ditarik oleh dua lembu jantan secara bergilir-gilir.

Beliau berkata sebanyak 16 pasang lembu jantan digunakan dan ditukar kira-kira setiap 500 meter bagi memastikan kebajikan haiwan terbabit terpelihara.

Penggunaan lembu jantan dalam perarakan pedati merupakan tradisi sebagai penghormatan kepada 'Nandi', iaitu lembu suci yang dianggap sebagai pelindung kepada keluarga Dewa Shiva dalam tradisi Hindu. Dewa Murugan adalah anak kepada Dewa Shiva.

Tinjauan Bernama mendapati sepanjang laluan dari Lebuh Queen hingga ke kuil di Jalan Kebun Bunga dipenuhi lautan manusia yang setia menanti, dengan alunan muzik tradisional India seperti 'Thavil' dan 'Natheswaram' serta pelbagai tarian tradisional India mengiringi pergerakan pedati.

Kedua-dua perarakan pedati emas dan perak itu dijangka tiba di destinasi masing-masing pada awal pagi Ahad, bersempena sambutan Thaipusam yang diraikan esok.

Dalam pada itu, ratusan ribu biji kelapa turut dilonggokkan di sepanjang Jalan Magazine dan Jalan Datuk Keramat sebelum dipecahkan sebagai sebahagian ritual keagamaan, sekali gus menjadi antara tarikan utama sambutan Thaipusam di Pulau Pinang.

Ritual tersebut bukan sahaja disertai penganut Hindu, malah turut menarik penyertaan kaum Cina, Benggali serta pelancong asing yang sanggup menunggu berjam-jam di sisi longgokan kelapa, menanti ketibaan pedati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan keselamatan setakat ini teratur dan terkawal dengan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Beliau berkata perarakan kedua-dua pedati juga berjalan mengikut jadual ditetapkan iaitu pedati emas pada 6 pagi diikuti pedati perak sejam kemudian serta dipantau rapi pihak polis.

Beliau turut menasihati penganut yang menyertai perarakan Thaipusam agar mengelak daripada memakai barangan kemas berlebihan serta sentiasa berwaspada demi keselamatan diri dengan mengambil iktibar daripada kejadian jenayah sebelum ini.

"Kita tidak mahu berlaku seperti tahun lepas apabila ada sindiket dari Sri Lanka yang memotong barang kemas penganut menggunakan gunting, jadi kita harap kalau boleh penganut tidak perlu memakai barang kemas, tetapi jika pakai pun jangan berlebihan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan kuil, sukarelawan, agensi keselamatan dan semua pihak yang bekerjasama menjayakan sambutan Thaipusam.

Beliau berkata kuil Arulmigu Balathandayuthapani menjadi tumpuan utama di negeri ini bagi memperingati kemenangan Dewa Murugan menentang kejahatan, melambangkan ketaatan, disiplin diri dan kekuatan rohani dalam menegakkan kebaikan demi manusia sejagat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad