web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kanan ATM Disyaki Minta, Terima Rasuah RM150,000 Direman 6 Hari

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2026 5:27PM

Gambar SPRM Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) direman enam hari hingga 2 Feb ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan memberikan kerja-kerja pembekalan bahan mentah bagi senggaraan stor di sebuah kem di sini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani selepas membenarkan permohonan agensi berkenaan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan pada 12.15 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

"Siasatan awal mendapati suspek, yang ketika kejadian bertugas sebagai pegawai pemerintah di kem berkenaan, disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 sekitar tahun 2024 sebagai balasan memberikan kerja-kerja pembekalan bahan mentah," katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai daripada lima syarikat yang memperoleh kerja-kerja pembekalan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad