web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Kekalkan Hukuman Penjara, Sebat Da'i Syed

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2026 7:40PM

Gambar Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti Da'i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, bagi kesalahan merogol seorang wanita.

Hakim Adlin Abdul Majid juga memerintahkan hukuman itu bermula hari ini selepas menolak rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Syed Shah lqmal.

Dalam penghakimannya, Adlin berkata Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf menilai elemen kesalahan rogol dalam keputusan sebelum ini kerana pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya manakala pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.

"Hakim Mahkamah Sesyen mendapati pembelaan tertuduh pada dasarnya bersifat penafian, dan terdapat percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh tertuduh berkenaan kejadian yang berlaku.

"Secara amnya, dapatan hakim berkenaan pembelaan tertuduh adalah dapatan fakta yang dibuat setelah meneliti keterangan-keterangan termasuk keterangan lisan oleh tertuduh sendiri. Mahkamah atasan tidak seharusnya mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan melainkan terdapat kesilapan yang jelas," katanya.

Beliau turut menolak rayuan pendakwaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh atas alasan tempoh pemenjaraan yang dikenakan adalah munasabah memandangkan tiada bukti kekasaran atau keganasan berlebihan semasa kejadian.

Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, yang mewakili Da'i Syed, kemudian memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan memberikan kerjasama sepanjang prosiding kes itu.

Mahkamah menolak permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman membantah kerana alasan menunggu rayuan adalah tidak kukuh.

Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas kesalahan terbabit dan Hakim Norazlin Othman memerintahkan bapa dua anak itu menjalani hukuman serta-merta.

Bagaimanapun, pada 20 September 2024 Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pelaksanaan hukuman itu, yang telah berjalan selama 21 hari, ditangguhkan sehingga rayuan di mahkamah berkenaan selesai.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini pada 1.35 pagi 11 September  2019. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran