web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuarters Ladang Terbakar, Suami Isteri Ditemukan Rentung

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2026 6:20PM

Gambar JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Sepasang suami isteri yang juga pekerja ladang ditemukan rentung manakala enam lagi penghuni terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan kuarters pekerja di sebuah ladang di Baram, dekat Miri, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa yang maut ialah Berain Skam dan isterinya, Terit Lenjau, kedua-duanya berusia 37 tahun yang menghuni Unit A kuarters terbabit.

Mereka terselamat pula terdiri daripada lima individu dewasa dan seorang kanak-kanak yang menghuni Unit B.

"Kebakaran itu melibatkan struktur kuarters kayu berkembar setingkat, satu blok dua pintu, dengan keluasan dianggarkan 40 × 30 meter persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

Pemadaman awal telah dilakukan oleh pekerja ladang menggunakan 30 unit alat pemadam api serta tiga unit pam air sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan di sekitar kawasan kejadian dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata jurucakap itu.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.16 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan tiada risiko kebakaran berulang manakala punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad