web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh Warga Emas

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2025 4:37PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Koh bulan lepas.

Lin Chee Ming, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan jaminan juga tidak ditawarkan.

Lelaki itu didakwa membunuh Ling Chin Kian, 78, di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan antara 3.40 pagi hingga 4.44 pagi pada 26 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen, laporan bedah siasat, patalogi, forensik dan kimia.

Di mahkamah sama, Lin dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku mengambil dadah jenis amfetamina dan metamfetamina di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 10.45 malam 4 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azizah Ahmad pula, Lin dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku memberikan kepada diri sendiri dadah jenis morfin, dan turut dikenakan pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.

Tertuduh, yang memiliki tiga kesalahan lampau, didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat BSJN IPD Manjung pada 4.30 petang 20 Januari lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar