web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Isteri

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2025 4:52PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh isterinya pada Ogos lepas.

Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Hanis Sofea Hamdan, 28, dengan menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara pada 5.45 pagi 27 Ogos lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asma' 'Amirah Shahidani memaklumkan mahkamah bahawa laporan psikiatri tertuduh telah siap dan diserahkan kepada pihak pembelaan hari ini.

Beliau tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin selain untuk menjaga keselamatan mangsa.

Peguam Muhaimin Hashim, yang dibantu oleh Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan, pula memohon mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan kerana Muhammad Nazmi Izzuddin masih bekerja sebagai guru serta berisiko ditamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam sekiranya tidak dijamin.

Beliau berkata anak guamnya telah menerima rawatan psikiatri bagi major depressive disorder atau kemurungan, dan dibekalkan ubat termasuk antidepresan iaitu mirtazapine oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

"Jika tertuduh dijamin, dia bersedia mematuhi syarat tambahan termasuk melapor diri di balai polis terdekat," katanya.

Ahzal Fariz kemudian membenarkan Muhammad Nazmi Izzuddin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri sekali sebulan di balai polis terdekat, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa sepanjang prosiding berjalan.

Mahkamah menetapkan 6 Januari 2026 untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar