web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual: Guru Agama Dipenjara 7 Tahun, 2 Sebatan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2025 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang guru agama hari ini dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun di surau sebuah sekolah menengah di Senawang di sini, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Datin Surita Budin turut memerintahkan Farid Azhar Nawi, 47, menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletak di bawah pengawasan polis selama setahun setelah selesai menjalani hukuman.

Bagaimanapun, Surita membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai selepas mengambil kira fakta bahawa tertuduh adalah penjawat awam dan memerintah dia diikat jamin sebanyak RM20,000 manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Ketika membacakan penghakiman, beliau berkata setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan dakwaan tertuduh bahawa wujud pakatan atau cubaan pihak sekolah untuk mengenakannya adalah bersifat andaian serta gagal dibuktikan.

"Mahkamah tidak bertolak ansur dalam kes melibatkan amang seksual kanak-kanak kerana ia kesalahan serius dan tertuduh selaku tenaga pengajar, diberikan amanah untuk membimbing anak-anak namun menyalahgunakan kedudukan sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma selain mencemarkan nama guru agama serta menjatuhkan imej sekolah.

"Tertuduh sepatutnya melindungi dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak murid tanpa mengambil kesempatan ke atas mangsa yang baru berusia 13 tahun ketika kejadian," katanya.

Farid, yang berdepan dua pertuduhan, didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira 5.30 petang 4 Ogos 2022 mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 16(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan pertama, Surita menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun manakala bagi kesalahan kedua, Farid dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala Farid diwakili peguam Nor Azleen Khairina A. Aziz. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad