web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MTN Tekankan Usaha Perkukuh Kawal Selia Tanah, Lindungi Kepentingan Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2025 4:13PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 hari ini memberi penekanan kepada usaha memantapkan aspek kawal selia tanah agar lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat serta responsif terhadap keperluan dan realiti semasa.

Beliau menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri agar terus memperkukuh kerjasama khususnya dalam usaha mempercepat proses kelulusan urusan tanah bagi tujuan pembangunan supaya projek dapat dilaksanakan segera demi kebajikan rakyat.

Bagaimanapun, Anwar berkata langkah mempercepat proses itu mesti dilaksana tanpa menjejaskan prosedur sedia ada selain menghormati sepenuhnya bidang kuasa kerajaan negeri dalam urusan tanah.

"Mesyuarat turut bersetuju dan berpegang teguh kepada komitmen mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan aspirasi antarabangsa dan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook rasmi hari ini.

Beliau juga berkata Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar mengangkat agenda pembangunan yang seimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam selaras dengan prinsip kemampanan sebagai teras utama konsep MADANI.

MTN, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, merupakan platform tertinggi untuk menyelaras perancangan serta pengurusan tanah negara antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan ia dimanfaatkan secara optimum serta seimbang antara tuntutan ekonomi, keperluan sosial dan kelestarian alam sekitar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad