web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zayn Rayyan: Ismanira Bersalah, Dipenjara 5 Tahun, Jalani Khidmat Masyarakat 120 Jam

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2025 12:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu kepada kanak-kanak autistik berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin, didapati bersalah atas tuduhan pengabaian hingga menyebabkan kecederaan fizikal hari ini.

Susulan sabitan, dia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula hari ini, dan diperintahkan menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan serta cagaran RM3,000.

Dia juga diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam, yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas hukuman penjara ke atasnya berakhir.

Keputusan berkenaan dibuat Hakim Dr Syahliza Warnoh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Hakim Dr Syahliza Warnoh ketika membacakan penghakiman berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun.

“Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sekitar waktu tengah hari 5 Disember 2023, sebelum mayatnya ditemui pada 9.55 malam, keesokan harinya. 

Mayat kanak-kanak malang tersebut dijumpai di sebuah anak sungai berhampiran kediamannya iaitu Apartment Idaman di Damansara Damai.

Menurut pindaan pertuduhan, Ismanira sebagai individu yang mempunyai tanggungjawab menjaga anaknya, didakwa telah melakukan pengabaian dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Prosiding hari ini turut melibatkan hujahan mitigasi oleh peguam bela tertuduh serta hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, yang turut didakwa atas tuduhan  sama bagaimanapun telah dibebaskan Julai lalu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kes Zayn Rayyan menerima liputan meluas media dan menarik perhatian seluruh negara, malah wakil media berkumpul di mahkamah seawal jam 8 pagi tadi untuk membuat liputan terhadap perbicaraan berprofil tinggi ini.

Terdahulu, 28 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan antara Februari dan April 2024. - Getaran, 31 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad