web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenal Pasti Punca Peningkatan Kes Jenayah Babitkan Pelajar, Jangan Ambil Tindakan Populis - KJ

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2025 7:50PM

Kejadia tikam melibatkan pelajar di Bandar Utama Selasa lalu menggemparkan seluruh negara - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Punca sebenar peningkatan mendadak kes jenayah melibatkan pelajar sekolah perlu dikenal pasti terlebih dahulu, sebelum langkah susulan diambil.

Menegaskan perkara itu, mantan menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tidak ada gunanya Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan pelbagai tindakan, jika akar umbi masalah terbiar tanpa diperhalusi.

Menurut beliau, tindakan bersifat populis yang dilaksanakan secara tergesa-gesa hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Kita sedar bahawa masyarakat mahukan langkah dan tindakan segera setiap kali berlakunya sebarang peristiwa tragik. Itu adalah lumrah.

“Tapi saya selalu percaya, punca sebenar permasalahan perlu dirungkai terlebih dahulu, berbanding bertindak secara melulu atau tergesa-gesa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pejabat Sino Sky Sdn Bhd di Wisma HLX di sini.

Khairy menyatakan demikian ketika diminta mengulas kritikan dan kecaman diterima KPM mutakhir ini, khususnya menteri berkenaan, Fadhlina Sidek atas beberapa insiden tragis melibatkan pelajar sekolah.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Selasa lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Bandar Utama maut, selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakan sekolahnya.

Hanya beberapa hari sebelum, empat pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Melaka pula ditahan, selepas merogol pelajar Tingkatan Tiga sekolah sama, secara bergilir-gilir. 

Lebih dahsyat, kejadian jijik itu turut dirakam suspek yang kemudian bertindak menyebarkan rakaman berkenaan. 

Mengulas lanjut Khairy berkata, setiap kes termasuk yang melibatkan buli, serangan seksual dan pembunuhan mungkin berpunca daripada masalah asas yang berbeza.

“Apabila insiden seperti ini berlaku, orang ramai sudah tentu mahukan tindakan segera dan rasa selamat untuk menghantar anak mereka ke sekolah. 

“Tetapi saya percaya terdapat punca yang lebih mendalam daripada sekadar memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau mengembalikan hukuman rotan,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun tindakan tegas termasuk penggantungan, tahanan dan pendakwaan perlu diambil terhadap pelaku, kementerian juga perlu mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

“Jika isu ini berpunca daripada kemerosotan nilai moral di sekolah, kita perlu meneliti semula matlamat pendidikan dan melihat di mana ia boleh diperkukuhkan. 

“Jika ia berkaitan dengan kemahiran keibubapaan, maka kerajaan perlu memastikan ibu bapa memainkan peranan mereka dengan bertanggungjawab di rumah,” katanya.

Sekiranya pengaruh media sosial turut menjadi sebahagian daripada masalah, jelasnya, perkara itu juga perlu dikaji dengan teliti sebelum sebarang tindakan diambil.

“Sebarang penyelesaian mesti berasaskan pemahaman yang jelas tentang punca sebenar, bukannya tekanan daripada masyarakat.

“Saya menyokong tindakan tegas, tetapi jangan terburu-buru membuat keputusan. Kita mesti mendiagnosis punca sebenar sebelum memberi ubatnya,” katanya.

Beliau turut menggesa KPM membuat semakan menyeluruh untuk menentukan punca utama kes-kes seumpama itu.

“Apabila kita memberi ubat, kita mesti pastikan ia merawat penyakit yang betul. Jika tidak, ia hanya akan memburukkan keadaan,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad