web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tikam Pelajar: Suspek Pendam Cinta Terhadap Mangsa

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2025 6:22PM

Shazeli Kahar (kanan) memberikan penerangan pada sidang media hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Remaja 14 tahun yang menikam rakan sekolah berusia 16 tahun sehingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dekat sini semalam, meminati mangsa secara rahsia.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata suspek dikatakan ‘peminat rahsia’ dan memendam perasaan cinta terhadap mangsa walaupun mereka berlainan kelas.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai perasaan kepada mangsa tetapi tidak dikongsikan. la lebih kepada memendam perasaan. 

"Mangsa dipercayai tidak mengetahui perasaan suspek," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata mereka daripada kelas peralihan dan suspek pelajar tingkatan satu manakala mangsa tingkatan tiga.

Selain itu, siasatan juga mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai hubungan atau interaksi sebelum kejadian.

"Faktor dorongan emosi dan pengaruh media sosial dikenal pasti sebagai antara punca suspek berkelakuan sedemikian," katanya.

Ditanya sama ada suspek mempunyai masalah mental, Shazeli berkata buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahkan keadaan kesihatan mental suspek.

Berhubung dakwaan cinta suspek ditolak mangsa seperti tular di media sosial, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan kerana tiada keterangan yang jelas berkenaan emosi dua pelajar tersebut.

"Kami perlu mendapatkan rujukan daripada pakar psikiatri berkenaan perkara itu, cuma mungkin keadaan emosi suspek tidak stabil semasa kejadian," katanya.

Shazeli berkata siasatan merangkumi semua aspek termasuk latar belakang suspek dan mangsa.

Beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan nota dan gambar mangsa serta suspek kerana mereka masih di bawah umur selain siasatan sedang berjalan.

"Polis memandang serius insiden ini dan menyeru semua termasuk pihak sekolah serta masyarakat untuk bersama-sama memastikan keselamatan pelajar sentiasa terpelihara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad