web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual Video Lucah, Siswa IPTA Didenda RM10,000

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2025 4:15PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku menjual kandungan lucah untuk tujuan komersial, tahun lepas.

Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS), dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara selama enam bulan.

OKS membayar denda itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun "@sanomanji89" di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 10.45 malam 1 Mac 2024, dan hantaran tersebut dilihat di sebuah kondominium di sini pada 11 pagi 4 April tahun sama mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhammad Aidil dihukum mengikut Subseksyen 233 (3) akta sama kerana telah menggunakan perkhidmatan aplikasi telegram melalui akaun "@cocomelon87" dan memberikan video lucah bagi tujuan komersial serta telah menerima bayaran RM100 bagi tujuan sama.

Subseksyen itu membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai forensik digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan menjadi ejen provokasi dengan menghantar mesej langsung ke akaun "@sanomanji89" untuk membeli kandungan video lucah bertajuk 'Promo July24' sebelum pembayaran RM100 dibuat melalui transaksi digital menggunakan kod tambah nilai Touch 'n Go.

Pada 23 Julai 2024, kira-kira 9.52 malam, OKS telah memberikan pautan pengguna akaun Telegram "@cocomelon87" kepada ejen provokasi melalui mesej langsung di akaun "@sanomanji89" selepas kod tambah nilai Touch 'n Go berjaya ditebus.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya MCMC Fadhli Ab Wahab berkata kesalahan itu perlu dikenakan hukuman bersifat pencegahan untuk memberi mesej jelas kepada masyarakat supaya tidak menganggap perbuatan tersebut sebagai perkara ringan.

"Perbuatan memuat naik dan menjual kandungan lucah bukan sahaja mencabar nilai agama dan budaya negara tetapi juga boleh menggalakkan penyalahgunaan media sosial serta memberi kesan psikologi kepada masyarakat.

"Tertuduh, sebagai seorang yang beragama Islam, seharusnya sedar bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan hukum agama," katanya.

Peguam Sabrina Mohammad pula memohon agar hukuman ringan dikenakan atas alasan OKS masih muda, baru menamatkan latihan industri dan belum mempunyai pendapatan tetap.

"OKS merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa yang berpendapatan sekitar RM3,200 sebulan.

"Tambahan pula, adiknya menghidap penyakit kronik dan seorang lagi OKU (orang kurang upaya)," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad