web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Cebu: Malaysia Turut Berduka - PM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2025 9:09PM

Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda Cebu dan kawasan sekitarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia turut bersedih bersama rakyat Filipina atas kehilangan nyawa yang tragis serta kesusahan yang ditanggung oleh banyak keluarga.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Doa dan ingatan kami juga bersama mereka yang cedera, hilang tempat tinggal serta semua yang terkesan akibat tragedi ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan bersedia memberi sokongan dalam usaha bantuan serta pemulihan.

"Kami berdoa agar kekuatan dan ketabahan rakyat Filipina akan membantu mereka melalui hari-hari sukar ini," kata Anwar.

Pada Selasa, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada awalnya melaporkan gempa bumi berukuran 6.7 melanda wilayah Cebu pada 9.59 malam waktu tempatan. 

Institut itu kemudian menyemak semula magnitud kepada 6.9, dengan menambah gempa berlaku pada kedalaman 5 kilometer, kira-kira 19 kilometer timur laut Bogo City, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di banyak wilayah berhampiran di kawasan tengah Filipina serta beberapa kawasan di selatan negara itu.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi itu, dengan angka korban dijangka terus meningkat ketika kerajaan menggerakkan agensi-agensi untuk mencari mangsa yang terselamat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad