web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda Didakwa Bunuh, Bakar Kekasih Hamil Kekal Hasrat Tukar Pengakuan Kepada Bersalah

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2025 5:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang pemuda yang berdepan pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam dua tahun lepas, masih berhasrat untuk menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata beliau dimaklumkan mengenai hasrat Muhammad Fakrul Aiman Sajali itu hari ini.

"Semalam, saya dihubungi anak guam menerusi panggilan telefon supaya mempertimbangkan perkara itu secara menyeluruh...selepas dinasihatkan sekali lagi pagi ini, dia memberitahu masih mahu menukar pengakuan kepada bersalah," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Susulan itu, Muhammad Nor berkata beliau memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan bagi membolehkan pertuduhan terhadap Muhammad Fakrul, 22, dibacakan semula.

Penolong Kanan Pendaftar Luqman Abdul Haris kemudian menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Prosiding hari ini, yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli, sepatutnya mendengar keputusan representasi dalam kes berkenaan.

Pada 8 September lepas, Hakim Norliza Othman menetapkan hari ini bagi mengetahui status representasi Muhammad Fakrul yang memohon untuk menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 23 dan 27 Februari diikuti 9 hingga 13 Mac dan 30 Mac hingga 3 April 2026 sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 15 Mei lepas, mahkamah membenarkan permohonan agar Muhammad Fakrul Aiman, yang didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh pelayan restoran itu di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad