web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bencana Tanah Runtuh Sabah Ragut 12 Nyawa

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2025 8:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan semalam dan satu kematian pada hari pertama kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan tujuh daripada mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9.15 pagi semalam.

Beliau berkata mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun.

Di PAPAR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz memaklumkan dua mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi semalam.

Mohd Pisar berkata dalam satu lagi kejadian, dua ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan pada masa ini untuk mencari seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian itu.

Pada Jumaat lepas, seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang.

Sementara itu, Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,648 mangsa daripada 417 keluarga setakat 8 malam tadi, berbanding 863 orang daripada 220 keluarga pada petang semalam.

"Kesemua mangsa adalah penduduk 46 kampung di lima daerah terjejas. Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Penampang, tiga di Membakut dan masing-masing dua di Papar dan Putatan manakala pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon di Beaufort dibuka," katanya.

JPBN Sabah turut memaklumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan, manakala waris mangsa yang terkorban akibat bencana turut menerima BWI kematian sebanyak RM10,000.

"BWI diberikan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA). Kerajaan turut menyalurkan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.

"Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

"Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera," menurut beliau.

Kerajaan Sabah pula mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di sini malam nanti, berikutan bencana yang sedang melanda.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajji Noor menegaskan bencana itu susulan hujan berterusan dan keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti terjejas.

"Saya telah memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengenai perkara itu. Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan," katanya.

Pada masa sama, Hajiji yang turun padang melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Putatan dan Penampang turut menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan.

"Kerajaan negeri melalui JPBN sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan segera kepada rakyat yang berhadapan musibah, terutama ketika musim hujan berterusan. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad