web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Guar Chempedak: 2 Mangsa Alami 28 Kecederaan Tikaman Dan Kelar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2025 9:15PM

Gambar Vecteezy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang maut ditikam dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, Khamis lepas, mengalami 28 kesan tikaman dan kelaran pada badan masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Kedah Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Jumaat lepas mendapati wanita berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat tikaman di dada, manakala lelaki berusia 30 tahun maut akibat tikaman di leher.

"Wanita berkenaan mengalami 20 kecederaan di dada, leher, tangan dan kaki, manakala mangsa lelaki mengalami lebih lapan kecederaan di dada, leher dan belakang badan. Siasatan polis percaya kejadian berpunca daripada cemburu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata semalam, polis turut merampas sebilah pisau yang dibeli suspek di sebuah kedai dan dipercayai digunakan dalam kejadian itu, sebelum dibuang di kawasan semak di sungai Petani, sebelum suspek berjaya dikesan dan ditahan di sebuah negeri di Pantai Timur.

Menurutnya semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 29 tahun itu pernah disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan kerana cubaan melanggar mangsa lelaki.

"Suspek direman enam hari bermula semalam hingga 17 Sept ini bagi membantu siasatan. Dua anak mangsa kini dijaga keluarga ibu sebelah suspek," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, Khamis lepas.

Mangsa lelaki ditemukan tertiarap di atas jalan hadapan sebuah rumah, manakala wanita terbabit dijumpai di dalam kereta jenis Proton Wira, tidak jauh dari lokasi mayat lelaki.

Dalam perkembangan berasingan, Baderulhisham berkata polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kalbel pencawang telekomunikasi membabitkan 31 kes di Kota Setar, Kubang Pasu, Yan dan Padang Terap di Kedah serta Arau dan Padang Besar di Perlis, susulan penahanan 10 individu.

Katanya kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita, termasuk seorang juruteknik pencawang, pemilik premis barang lusuh dan penganggur yang mengaku terlibat dalam kegiatan itu.

Menurutnya penahanan dibuat susulan laporan kecurian kabel pencawang di Jalan Putra, di sini pada 24 Ogos lepas.

"Hasil siasatan mendapati dua daripada mereka adalah bekas subkontraktor syarikat telekomunikasi yang menyamar sebagai juruteknik dengan memakai pakaian keselamatan, sebelum masuk ke kawasan pencawang menggunakan kunci pendua.

"Kabel dipotong akan digulung, dibakar dan dijual kepada pemilik barang lusuh antara RM25 hingga RM35 sekilogram. Anggaran kerugian syarikat mencecah RM50,000, manakala nilai rampasan dianggarkan RM15,000," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379/431 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis turut menumpaskan tiga kumpulan curi motosikal, sekali gus berjaya menyelesaikan 10 kes curi motosikal dan komponen sejak awal tahun ini di daerah Kota Setar, dengan penahanan enam lelaki tempatan.

"Polis merampas sebuah motosikal curi, dua rangka motosikal, beberapa komponen seperti rangka yang dipotong, enjin serta rim. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan 379A(1) Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad