web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Mesin Padi Jatuh Sungai: Mayat Remaja Lemas Dijumpai

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2025 4:00PM

Gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Mayat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, semalam, telah ditemukan pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, mayat Muhamad Amsyar Muqri Mohd Asri, 18, ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 10.01 pagi tadi.

"Anggota PPDA memulakan operasi pencarian pada 8.30 pagi tadi di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh. Pencarian dilakukan dalam radius 10 meter dengan kedalaman air sungai dianggarkan empat meter.

"Mangsa berjaya ditemukan di dasar sungai pada kedalaman empat meter, kira-kira 10 meter dari lokasi awal mangsa dilaporkan terjatuh. Operasi turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Katanya, waris mangsa telah membuat pengecaman di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.53 раgi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan penemuan mayat mangsa, yang juga penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas), Jitra.

Semalam, Bernama melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra.

Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad